Anda di sini

Datuk Bandar Naples cadang nama Stadium Diego Armando Maradona sebagai tanda penghormatan

Advertisement
 Orang ramai berkumpul di hadapan Stadium San Paolo tanda berkabung di atas pemergian legenda Maradona akibat serangan jantung. — Gambar AFP
LEGASI DITERUSKAN: Orang ramai berkumpul di hadapan Stadium San Paolo tanda berkabung di atas pemergian legenda Maradona akibat serangan jantung. — Gambar AFP

NAPLES: Datuk Bandar kota Naples mencadangkan pada Rabu agar Stadio San Paolo ditukar sebagai penghormatan kepada bintang bola sepak kesayangan bandar raya itu, Diego Maradona.

“Mari kita namakan Stadium San Paolo dengan nama Diego Armando Maradona!!!”, tulis Datuk Bandar Luigi de Magistris di Twitter.

Stadium pada Rabu diterangi lampu sebagai mengenang bekas pemain Napoli yang meninggal dunia pada usia 60 tahun kerana serangan jantung, dengan penyokong kelab berkumpul di luar stadium untuk turut sama berduka.

Maradona membantu Napoli memenangi dua  kejuaraan Serie A Itali tunggal mereka pada 1987 dan 1990, dan beliau menjadi seorang legenda di kalangan kelas pekerja di kota Naples, dengan penyokong pada Rabu membanjiri jalan-jalan selepas mendengar berita kematiannya.

“Diego menyebabkan kami bermimpi, beliau menebus Naples dengan kehebatannya,” ciap De Magistris lagi. “Diego, warga Napoli dan Argentina, anda memberikan kami kegembiraan. Naples menyayangi kamu!”

Presiden dan pemilik kelab Napoli, Aurelio De Laurentiis, memberitahu radio RMC “Ia mungkin satu idea’ untuk menamakan stadium mereka dengan nama San Paolo-Maradona.” — AFP

Advertisement