Anda di sini

Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong belanja RM5.08 juta untuk biasiswa pendidikan

Advertisement
 Lau (lima kiri) menyampaikan biasiswa kepada salah seorang penerima di SM Wong Nai Siong.
TERUSKAN USAHA: Lau (lima kiri) menyampaikan biasiswa kepada salah seorang penerima di SM Wong Nai Siong.

SIBU: Yayasan Pendidikan Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong membe-lanjakan RM5.08 juta untuk biasiswa pendidikan kepada pelajar yang memerlukan sejak ditubuhkan 10 tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Pe-ngarah Sekolah Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, tahun ini seramai 79 pelajar yang memerlukan menerima biasiswa berjumlah RM697,000.

Menurutnya, 30 daripada-nya adalah penerima baharu tahun ini manakala selebihnya pelajar yang memasuki pengajian tahun kedua dan ketiga.

“Matlamat yayasan pendidikan adalah untuk membantu pelajar yang me-merlukan untuk membiayai pengajian mereka sehingga mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara,” jelasnya pada Majlis Pe-nyampaian Biasiswa Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Kehormat Lembaga Pe-ngarah Sekolah Lau Swee Nguong dan Pengetua Lu Yew Hiing.

Lau berkata, peruntukan tahun ini adalah yang terbesar bagi penerima yang melanjutkan pelajaran di luar negara seperti England, Ireland, Taiwan, China, Hong Kong, Singapura dan New Zealand atau tempatan di Methodist Pilley Institute (MPI) dan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) di Sibu.

“Pilihannya adalah milik-mu dan sentiasa ingat selalu menjadi kewajipanmu untuk membalas budi sekolah,” nasihatnya kepada para penerima biasiswa yayasan pendidikan.

 Lau (dua kanan) merakam kenangan bersama para penerima biasiswa Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong.
MANFAATKAN SEBAIKNYA: Lau (dua kanan) merakam kenangan bersama para penerima biasiswa Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong.

Tambahnya, keseluruhan tujuan yayasan pendidikan itu adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan sekolah Cina di negara ini untuk memastikannya tetap relevan.

Dalam ucapannya, Lau turut melahirkan rasa gembira terhadap peningkatan jumlah pelajar SM Wong Nai Siong yang telah melebihi 800 pelajar pada sesi pengambilan terakhir lepas.

Terdahulu, Pengerusi Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong Dato Henry Lau dalam ucapan ringkas-nya menerusi sidang video mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah Sekolah atas kerja keras mereka dan juga ibu bapa kerana menghantar anak-anak mereka bersekolah di SM Wong Nai Siong.

Katanya, sokongan dan keyakinan ibu bapa sangat penting dalam memasti-kan sekolah dapat terus meningkatkan pengambilan pelajar.

Advertisement