Anda di sini

RM50 juta peruntukan tambahan untuk Sabah

Advertisement
HAJIJI
HAJIJI

KOTA KINABALU: Sabah menerima peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta pada Disember ini selepas kerajaan Persekutuan meluluskan Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, peruntukan tambahan yang diluluskan itu bagi membantu Sabah dalam menangani pandemik COVID-19.

Beliau berkata, Sabah turut mendapat peruntukan  bernilai RM3 bilion dalam memerangi COVID-19 daripada kerajaan Persekutuan sejak wabak itu melanda awal tahun ini.

Katanya, peruntukan berkenaan disediakan melalui pelbagai saluran termasuk bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

"Sehubungan itu, bagi pihak kerajaan Sabah, saya ingin merakamkan tahniah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas kelulusan belanjawan sulungnya ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Hajiji berkata demikian bagi mengulas kelulusan Belanjawan 2021 yang mendapat sokongan majoroti selepas  ucapan penggulungan oleh  Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat.

Menurutnya, belanjawan berkenaan mewakili 20.6 peratus daripada keseluruhan kadar domestik negara kasar (KDNK) melebihi peruntukan tahun lepas sebanyak RM297 billion seterusnya menjadi peruntukan bajet terbesar negara setakat ini.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan negeri akan bekerjasama dengan rakan sejawat di Persekutuan dalam memastikan semua program pembangunan yang dinyatakan dalam Belanjawan 2021 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

  • oleh
  • Advertisement