Anda di sini

PPM DUN Lamag anggap tugas sebagai satu amanah

Advertisement
 Abu Bakar ketika menerima watikah sebagai PPM DUN Lamag dari Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor di Pusat Pentadbiran Negeri  baru baru ini .
WATIKAH: Abu Bakar ketika menerima watikah sebagai PPM DUN Lamag dari Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Pusat Pentadbiran Negeri  baru baru ini .

KOTA KINABALU: Menganggap tugas serta tanggungjawab yang diberikan sebagai satu amanah besar kepada masyarakat khususnya rakyat di kawasan baharu DUN Lamag, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Lamag Abu Bakar Gapar beriltizam melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan sebaik mungkin.

Abu Bakar, 41,  yang lahir di Kampung Kuamut, berkelulusan Diploma Sains Politik turut berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Wakil Rakyat kawasan Lamag yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Sri Bung Moktar Radin yang meletakkan  kepercayaan kerana melantik beliau sebagai PPM di kawasan tersebut.

Menurut Abu Bakar berbakalkan sedikit pengalaman masa lalu di mana beliau pernah menjadi CDO N.47 Kuamut dari 2014-2018 akan dijadikan asas untuk beliau meneruskan khidmat bakti bagi membantu ADUN di kawasan tersebut membangunkan kawasan DUN Lamag agar seiring dengan pembangunan di lain-lain kawasan.

" Semua maklum DUN Lamag adalah DUN Baharu diwujudkan selepas PRN negeri baru baru ini walaupun ianya kawasan baharu yang mempunyai 22 buah kampung yang sudah diiktiraf dan mempunyai dua mukim iaitu mukim Buang Sayang dan Mulut Bukit Garam namun  faktor geografi  kedudukan lokasi kampung-kampung yang berjauhan merupakan antara  cabaran untuk menyelaraskan tugas saya sebagai PPM di kawasan ini," katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah jawatan  PPM di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah  Teluk Likas baru baru ini .

Menurut Abu Bakar keadaan ini akan ditambah baik pada masa akan datang untuk menambah bilangan mukim yang sedia ada bagi melicinkan dan menyelaraskan lagi tugas beliau sebagai PPM di kawasan tersebut .

" Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini sudah tentu saya mengharapkan sokongan serta kerjasama dari semua pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi seperti MPKK, Pemaju Mukim, Pemaju Masyarakat, Ketua Kampung dan lain- lain," katanya.

Menurut Abu Bakar lagi, konsep kerja berpasukan akan terus menjadi amalan beliau bersama pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan tersebut bagi mempastikan segala dasar dan program kerajaan mencapai sasarannya.

"Ini selaras dengan komitmen dan sikap cakna wakil rakyat Lamag, Datuk Sri Bung Moktar Radin yang sentiasa peka terhadap kebajikan rakyat dan hala tuju beliau  dalam membawa perubahan dari aspek pembangunan di DUN Lamag demi kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan ini, " tambah Abu Bakar.

Advertisement