Anda di sini

PKPB Daerah Kuching ditamatkan esok

Advertisement
Anggota penguatkuasa yang terlibat semasa operasi sekatan jalan raya sempena PKPB di Batu 15 Jalan Kuching-Serian.
Anggota penguatkuasa yang terlibat dalam sekatan jalan raya sempena PKPB di Batu 15 Jalan Kuching-Serian.

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Daerah Kuching yang telah dilaksanakan sejak 9 November 2020 ditamatkan esok, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Jawatankuasa menerusi kenyataan hari ini berkata, ia memandangkan Daerah Kuching telah bertukar daripada status Merah kepada Jingga.

"Dengan kes jangkitan tempatan dilaporkan sebanyak 30 kes sehingga hari ini, JPBNS memutuskan bahawa PKPB bagi daerah Kuching ditamatkan berkuatkuasa 27 November 2020 (Jumaat) pada jam 11.59 malam," katanya.

Sehubungan itu jawatankuasa ingin mengambil kesempatan untuk mengucaptkan terima kasih kepada semua agensi dan semua penduduk daerah Kuching.

Khususnya atas kerjasama dalam memastikan prosedur pengendalian standard (SOP) diamalkan sehingga kes jangkitan tempatan dapat dikawal, katanya.

Sementara itu, berhubung laporan pemantauan sepanjang PKPB di daerah Kuching, JPBNS berkata setakat hari ini sebanyak 8,654 kenderaan diperiksa di Kuching.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kenderaan diperiksa sebanyak 123,261 manakala tiada kenderaan di arah berpatah balik.

"Jumlah keseluruhan kenderaan yang di arah berpatah balik sejak 9 November 2020 kekal sebanyak 613 buah kenderaan," katanya.

Jawatankuasa pada masa memberitahu hari ini polis telah menangkap seorang wanita warganegara Indonesia di Lawas kerana telah melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka.

Selain itu, sebanyak lima notis kompaun telah dikeluarkan iaitu tiga dikeluarkan di daerah Padawan sementara masing-masing satu notis di Miri dan Sarikei.
 

  • oleh
  • Advertisement