Anda di sini

Petani, penternak giat dipupuk tingkatkan pengeluaran

Advertisement
 Sikie (tiga kiri) menyampaikan sijil kursus AgriCOP kepada Tuai Rumah Salleh di Nanga Bena, Ulu Anap Tatau kelmarin.
TAHNIAH: Sikie (tiga kiri) menyampaikan sijil kursus AgriCOP kepada Tuai Rumah Salleh di Nanga Bena, Ulu Anap Tatau kelmarin.

TATAU: Kerajaan giat menjalankan pelbagai kursus dan bantuan kepada golongan petani dan penternak di negeri ini dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil agar negara dan negeri ini khususnya tidak terlalu bergantung kepada import makanan dari luar.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, untuk tujuan itu kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan pelbagai subsidi dan khidmat nasihat termasuk kursus dan taklimat untuk golongan petani di negeri ini agar mereka dapat mempertingkatkan hasil tanaman.

Katanya, untuk menyokong usaha itu, bantuan juga diberikan kepada petani yang benar-benar menunjukkan minat dan telah memulakan sendiri aktiviti pertanian atau ternakan mereka.

Begitupun katanya, golo-ngan petani dan penternak negeri ini perlu merubah cara lama kepada baharu dalam mengusahakan tanaman dan ternakan mereka seperti yang ditunjuk ajar Jabatan Pertanian supaya mereka dapat mengeluarkan hasil lebih lumayan.

“Mereka juga perlu ber-usaha bersungguh-sungguh mengusahakan tanah untuk pertanian kerana ia pasti akan membuahkan hasil dan membantu meningkatkan taraf hidup,” ujarnya ber-ucap merasmikan penutupan Agriculture Community Outreach Programme (Agri-COP) anjuran Jabatan Pertanian Daerah Tatau di Rumah Salleh, Nanga Bena, Ulu Anap Tatau kelmarin.

Selain itu katanya, cara penanaman dan penjagaan tanaman yang betul perlu diterapkan dalam kalangan golongan petani di rumah-rumah panjang dan kampung-kampung negeri ini supaya pendekatan itu dapat membantu mereka meningkatkan hasil seterusnya menjana ekonomi lebih baik untuk menampung pendapatan keluarga.  

Berkenaan kemudahan bekalan elektrik di Nanga Tau hingga ke Takan kata-nya, di kawasan itu kerajaan menyediakan kemudahan terbabit adalah melalui Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) dengan kos kese-luruhan RM18 juta.

Pada program itu Sikie turut mengumumkan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM20,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Salleh untuk membaiki paip rumah panjang tersebut dan RM20,000 lagi untuk Biro Wanitanya.

Beliau turut memaklumkan mengenai penyerahan 28 cek MRP kepada 28 JKKK rumah panjang dan persatuan kawasan Kakus pada program itu dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM506,500.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Tatau, Joseph Mawan berkata, program selama dua hari itu disertai 170 peserta itu membabitkan taklimat dan ceramah berkaitan tek-nologi tanaman durian Musang King, tanaman lada, perikanan darat, ilmu berkaitan ternakan disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta penggunaan racun.

Jelasnya, program itu untuk memberi pendedahan kepada petani berkaitan pe-nanaman secara komersial, pendedahan ilmu berkaitan cara baharu dalam pertanian, meningkatkan kemahiran petani serta mengajar cara pembajaan dan penanaman yang betul.

Hadir sama Pengetua Pusat Latihan Pertanian (ATC) Sungai Sebiew Bintulu Sene-lus Maja, Pemanca Gerosen Jubin, Penghulu Allister Alli dan Pegawai Penerangan Daerah Tatau Donny Minggu Ling.

  • oleh
  • Advertisement