Anda di sini

Legenda ragbi moden ditemui mati di taman

Advertisement
 Gambar fail 2005 ini menunjukkan Dominici (kiri) selepas perlawanan menentang Biarritz di Perancis. — Gambar AFP
GEMPAR: Gambar fail 2005 ini menunjukkan Dominici (kiri) selepas perlawanan menentang Biarritz di Perancis. — Gambar AFP

PARIS: Bekas pemain ragbi antarabangsa Perancis, Christophe Dominici, yang dijumpai mati pada usia 48 tahun di sebuah taman berhampiran Paris kelmarin, merupakan salah seorang legenda dalam sukan ragbi moden di Perancis.

Dominici yang berbadan kecil – dia setinggi 1.72 meter dan seberat 82 kg – menjaringkan 25 ‘try’ dalam 47 perlawanan Test untuk Perancis, termasuk lapan ‘try’ dalam tiga pertandingan Piala Dunia.

Ketua Persekutuan Ragbi Perancis (FFR), Bernard Laporte, mengumumkan berita berkenaan kepada skuad Perancis yang sedang bersiap sedia untuk menentang Itali pada Sabtu ini di bawah bimbingan dua rakan sepasukan Dominici iaitu, hooker Raphael Ibanez dan scrum-half Fabien Galthie.

Ketua jurulatih Galthie jelas sebak ketika dia berjanji Perancis akan ‘memberi penghormatan’ kepada Dominici.

Bekas pemain dari seluruh dunia turut menyampaikan penghormatan. — AFP

Advertisement