Anda di sini

Kolaborasi FELCRA, Baladna terokai usaha sama mempelbagaikan perniagaan teras secara besar-besaran

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersama agensinya FELCRA Berhad (FELCRA) akan menerokai usaha sama mempelbagaikan perniagaan teras secara besar-besaran bersama syarikat tenusu dan ternakan dari Qatar, Baladna Food Industries (Baladna).

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (gambar) satu sesi perbincangan telah diadakan untuk meneliti usaha strategik FELCRA dan Baladna dan sesi tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada masa sama, Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Mohd Nazrul Izam Mansor dan Ahli Lembaga Pengarah Baladna, Aidan Tynan telah diberi kesempatan untuk menyampaikan secara komprehensif berkenaan usaha sama tersebut.

“Ia turut melibatkan impak-impak bermanfaat hasil dari kolaborasi seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan, pemindahan teknologi tenusu, penggantian import dan peningkatan imbangan pembayaran sejajar dengan usaha Jaminan Keselamatan Makanan Negara,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas Abd Latiff lagi, usaha sama strategik FELCRA dan Baladna yang bernilai RM 2 bilion ini bakal mengembangkan perniagaan tenusu bersepadu berskala besar dengan penerapan teknologi tenusu terbaharu yang  merangkumi pengeluaran makanan ternakan, ladang tenusu dengan 10,000 lembu pemerahan dan kilang pemprosesan yang mampu menghasilkan lebih dari 120 juta liter susu segar pada tahun pertama pengeluarannya. 

“Untuk memantapkan lagi usahasama tersebut, FELCRA dan Baladna turut meneliti peluang bekerjasama dengan FGV Holdings Berhad untuk membangunkan ladang tenusu di Chuping, Perlis. Petani tempatan termasuk Peserta FELCRA akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam projek ini melalui program penanaman makanan lembu dan penubuhan ladang-ladang satelit,” katanya.

Menurut Abd Latiff, kerjasama ini tepat pada masanya, kerana FELCRA berkomitmen untuk mempelbagaikan teras perniagaannya ke arah Pertumbuhan dan Kelestarian, sementara pengalaman dan pengetahuan Baladna yang meluas dalam industri ini akan mendorong usaha bersama untuk mengembangkan perniagaan secara eksponensial dan bukannya secara organik.

“Kedua-dua pihak di dorong Matlamat Utama untuk menyediakan makanan dan minuman semulajadi, berkhasiat dan enak kepada pengguna Malaysia, sementara membantu pemulihan ekonomi secara proaktif dalam usaha Kerajaan menangani kesan pandemik Covid-19,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement