Anda di sini

Everrise anjur ‘Customers’ Most Preferred Brands Contest’

Advertisement
 Peraduan ‘Customers’ Most Preferred Brands                Contest’ anjuran Everrise.
JOM SERTAI: Peraduan ‘Customers’ Most Preferred Brands Contest’ anjuran Everrise.

KUCHING: Everrise akan menganjurkan ‘Customers’ Most Preferred Brands Contest’ untuk memberikan peluang kepada pelanggan mereka bagi mengundi jenama pilihan masing-masing.

Peraduan ini akan menampilkan produk pelbagai jenama dan pelanggan juga boleh menikmati penjimatan berganda apabila membeli jenama kegemaran mereka dalam promosi yang diadakan dari 27 November hingga 13 Disember ini.

Jenama terpilih akan memenangi hadiah sehingga RM15,000.

Pengundian akan berlangsung mulai 27 November 2020 dan berakhir pada 31 Januari 2021 de-ngan baucar tunai RM500, RM1,500 dan RM3,000 untuk direbut.

Antara jenama yang me-ngambil bahagiaan dalam peraduan ini ialah Pedia-sure, Ensure, Wyeth, Dumex, Blue Ice, Thalia, Hershey’s, Winkidz, Mas Cookies, Colgate, Santa Barbara, Jaya Mata, Energizer, Penfolds, Woft Blass, dan eToys.

Untuk menyertai peradu-an ini, pelanggan hanya perlu memenuhi syarat dengan berbelanja RM30 dalam satu resit (termasuk produk jenama yang mengambil bahagian) dan mengundi jenama kegemaran mereka berdasarkan jenama yang disenaraikan.

Pelanggan akan menerima kod QR yang dicetak pada resit dan mereka seterusnya hanya perlu mengimbas kod QR untuk menyertai peraduan.

Pelanggan juga mesti menyimpan resit asal seba-gai bukti pembelian dan satu resit hanya boleh digunakan untuk satu undian. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Customers’ Most Preferred Brands Contest’, pelanggan boleh mendapatkan buku promosi di cawangan Everrise yang mengambil bahagian atau melayari laman Facebook dan Telegram Everrise.

Advertisement