Anda di sini

Cuba sogok anggota PGA, lelaki direman dua hari

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki direman dua hari bagi membantu siasatan kes memberi suapan berjumlah RM10,000 kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam satu serbuan operasi 'Ops Libas' pada Rabu. 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Zubaidah Sharkawi selepas membenarkan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 67 tahun itu cuba memberikan suapan kepada anggota PGA sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang melakukan kesalahan memiliki rokok dan bir disyaki belum lulus cukai Kastam.

Rokok dan bir tersebut dikatakan disimpan di dalam rumah serta dalam sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV). 

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Suspek diwakili peguam, Francis Wee. 

Advertisement