Anda di sini

Anggota Maritim Tawau jalani ujian COVID-19 elak penularan wabak

Advertisement
 Anggota Maritim menjalani ujian saringan wabak COVID-19.
SARINGAN : Anggota Maritim menjalani ujian saringan wabak COVID-19.

TAWAU: Zon Maritim Tawau mengambil langkah awal menjalankan program ujian saringan COVID-19 bersasar untuk semua anggota dan ahli keluarga bagi mengelak penularan wabak.

Seramai 161 anggota dan 12 ahli keluarga melakukan ujian saringan tersebut yang dilaksanakan oleh enam  petugas daripada Pejabat Kesihatan Tawau.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Sivakumar A/L Vengadasalam berkata pelaksanaan program itu bagi memastikan semua warga Maritim Tawau bebas daripada wabak COVID-19.

"Walaupun setakat ini tiada didapati warga Maritim Tawau yang disahkan positif wabak, namun ujian saringan perlu dibuat supaya pengesanan awal dapat dilakukan daripada terus merebak lebih luas sekiranya berlaku.

"Hal ini kerana, anggota Maritim terdedah semasa melakukan penugasan terutamannya Op Cegah Pendatang Tanpa Izin (OCP) di sempadan negara," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurutnya, setakat ini tiada arahan kuarantin kendiri untuk anggota yang sudah menjalani ujian saringan  daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Tawau.

"Semua keputusan ujian saringan tersebut akan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran Zon Maritim dalam tempoh seminggu akan datang.

Siva berkata, walaupun daerah Tawau menunjukan penurunan kes positif COVID-19, namun semua masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).

"Pihak Maritim Tawau mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Tawau yang memberikan kerjasama melaksanakan program ini,"katanya.

  • oleh
  • Advertisement