Anda di sini

Sarawak bakal memiliki pusat penyelidikan penyakit berjangkit

Advertisement
Abang Johari menandatangani plak Pusat Penyelidikan Herba dan Produk Halal dan Pusat Penyelidikan Perubatan Etno sebagai simbolik usahasama UiTM Sarawak dan Universiti Beijing Wuzi dan Persatuan ACEC di sini, hari ini. - Gambar Chimon Upon.
Abang Johari menandatangani plak Pusat Penyelidikan Herba dan Produk Halal dan Pusat Penyelidikan Perubatan Etno sebagai simbolik usahasama UiTM Sarawak dan Universiti Beijing Wuzi dan Persatuan ACEC, hari ini. - Gambar Chimon Upon.

KOTA SAMARAHAN: Sarawak kini dalam usaha menubuhkan sebuah pusat penyelidikan penyakit berjangkit yang juga pertama seumpamanya di Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan pusat berkenaan menelan kos RM190 juta  dan dijangka mula dilaksanakan pembinaannya pada 2021 di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

"Kerajaan negeri telah memutuskan menerusi penyelidikan di bawah (Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi) Datuk Amar Michael Manyin, kita menubuhkan satu pusat iaitu pusat penyelidikan penyakit berjangkit dengan kos RM190 juta.

"Pusat ini adalah untuk kita menjalin kerjasama selain melakukan aktiviti penyelidikan terutama berkaitan penyakit berjangkit seperti penyakit tropika," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Teknologi dan Sains Inovasi untuk Penyelidikan dan Pendidikan (InnoSTRE) Edisi Khas 2020 anjuran UiTM cawangan Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, lokasi pusat berkenaan berdekatan dengan Taman Bio-Industri yang ditubuhkan di Kota Samarahan.

Menurut Abang Johari sehingga kini seramai tiga hingga empat orang ahli akademik dan saintis termasuk tempatan telah dikenalpasti dan mereka akan bekerjasama dengan beberapa institusi antarabangsa.

"Mereka akan berinteraksi dengan pakar antarabangsa berkredibiliti dari institusi termasuk Universiti Cambridge, Universiti Oxford dan Kolej Imperial, di mana mereka akan menjalankan penyelidikan terutamanya penyakit tropika.

"Kita percaya pusat ini amat penting dan merupakan pertama seumpamanya di Malaysia iaitu terutamanya berkaitan penyakit tropika," katanya.

Beliau berkata dengan kerjasama institusi antarbangsa itu, industri farmaseutikal termasuk mereka terlibat dalam penyelidikan perubatan diharap akan tampil untuk bekerjasama.

Terdahulu dalam ucapannya Abang Johari berkata, langkah untuk menubuhkan pusat penyelidikan itu merupakan dibawah inisiatif Inovasi oleh kerajaan negeri.

Katanya Sarawak dalam usaha membangunkan negeri ini, telah meletakkan tiga inisiatif iaitu pertama berkaitan Digital Ekonomi, kedua Inovasi dan ketiga Bakat.

  • oleh
  • Advertisement