Anda di sini

Penyokong antara watak penting Sabah FC: Verdon

Advertisement
 Verdon (tengah) bersama pemimpin kelab-kelab penyokong bola sepak Sabah dalam satu pertemuan di Kota Kinabalu baru-baru ini.
BERSAMA: Verdon (tengah) bersama pemimpin kelab-kelab penyokong bola sepak Sabah dalam satu pertemuan di Kota Kinabalu baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Penyokong turut diberi watak penting dalam hala tuju Sabah FC Sdn Bhd selaku wakil Sabah dalam kancah bola sepak negara bermula musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Dato' Verdon Bahanda berkata, beliau mahu kelab penyokong bukan berperanan sebagai penyokong semata-mata tetapi akan turut menjadi pemilik bersama Sabah FC pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Dato' Verdon Bahanda telah mengadakan pertemuan dengan beberapa kelab penyokong Sabah di sini baru-baru ini.

Ia adalah antara langkah awal yang dibuat Verdon bagi menstruktur Sabah FC selepas melantik beberapa watak penting iaitu Justin Ganai selaku Pengarah Teknikal dan Jelius Ating sebagai Pengurus Pasukan merangkap salah seorang jurulatih Sabah FC, minggu lalu.

Turut dilantik ialah David Johnny @ Mohd Ayman  selaku Pegawai Pembangunan Belia.

"Tanpa penyokong, bola sepak tak akan ke mana. Sebab itu, saya berterima kasih kepada peneraju kelab-kelab penyokong yang begitu memahami dengan mengadakan pertemuan dengan saya dan pengurusan pasukan Sabah FC Sdn Bhd.

"Dalam pertemuan itu, saya menekankan untuk mencari titik pertemuan antara pengurusan Sabah FC dan kelab-kelab penyokong.

"Kita mahu supaya akan ada satu mekanisma yang membolehkan penyokong pasukan bukan hanya sebagai penyokong semata-mata tapi akan menjadi pemilik bersama kepada Sabah FC di masa hadapan," kata Verdon.

Dalam pertemuan itu, Verdon juga menerangkan halatuju bola sepak Sabah menerusi Sabah FC khususnya dalam menjadikan bola sepak di negeri ini menjadi satu industri sebagaimana di negara maju.

"Saya harap akan ada lagi pertemuan-pertemuan dengan kelab penyokong seperti ini pada masa hadapan demi kemajuan bola sepak Sabah," katanya.

Antara kelab penyokong dalam pertemuan  itu ialah SSFC, MBU, Bola Sepak Sabah, Sabah Die Hard, Oh Sabahku, Buletin Sabh FA, Kelab Penyokong Sabah Rhinos, Putatan Heroes, Cerita Sabah FC dan Sabah Rhinos Club.

Sebagai rekod, Sabah FC akan menggunakan maskot Rhinos atau Badak dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Penggunaan semula maskot Badak itu diumumkan Verdon semasa pengumuman pelantikan Justin, Jelius dan David.

  • oleh
  • Advertisement