Anda di sini

Pengarah syarikat direman SPRM berhubung tuntutan palsu

Advertisement
Suspek (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Limbang selepas kelulusan reman.
Suspek (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Limbang selepas kelulusan reman.

LIMBANG: Seorang pengarah syarikat direman empat hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM119,340 berhubung kerja-kerja pembungkusan minyak sawit tulen.

Permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan bermula hari ini oleh Majistret Limbang A.Akhiruddin @ Boy  Acho di sini, hari ini.

Menurut sumber, suspek berusia 30 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Limbang pada kira-kira jam 2.35  petang Selasa ketika hadir memberikan keterangan.

Suspek dikatakan mengemukakan tuntutan palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai bantuan kewangan kepada syarikat pembungkus minyak sawit tulen sedangkan kerja-kerja pembungkusan minyak sawit tulen tersebut tidak dilaksanakan pada Disember 2017 di Lawas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement