Anda di sini

Long Atip dan Long Lenei banjir

Advertisement
Pekarangan SK Long Lenei yang mula dinaiki air pagi ini.
Pekarangan SK Long Lenei yang mula dinaiki air pagi ini.

MIRI: Hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Long Atip dan Long Lenei, Baram dilanda banjir pagi ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata bagi kawasan Long Atip, paras air mulai naik terutamanya di kawasan rendah. 

"Setakat jam 7.30 pagi, kira-kira 60 peratus kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Atip banjir dengan anggaran paras air sekaki. Kesemua murid dilaporkan berada di rumah masing-masing di kampung dan Miri," katanya dalam satu kenyataan. 

Sementara itu, bagi SK Long Lenei pula dilaporkan keadaan air masih menaik dengan 70 peratus kawasan sekolah banjir dengan paras air antara lima sentimeter hingga 15 sentimeter. 

Bagaimanapun menurut Law, setakat ini belum ada lagi proses pemindahan dilakukan dan keadaan masih terkawal. 

  • oleh
  • Advertisement