Anda di sini

JPN UTC Kota Kinabalu beroperasi semula

Advertisement
KHAIRRUL
KHAIRRUL

KOTA KINABALU: Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Pusat Transfomasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu akan beroperasi semula hari ini.

Pengarah JPN Negeri Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, pembukaan semula operasi JPN cawangan berkenaan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, waktu operasi JPN Cawangan UTC Kota Kinabalu setiap Isnin hingga Jumaat kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

"Para pelanggan dinasihatkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu dengan menghubungi nombor telefon JPN Cawangan UTC Sabah di talian 088-234165 atau 088-234170 sebelum hadir untuk berurusan.

"Selain itu, Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (PPP) JPN Sabah turut boleh dihubungi di talian 088-488300 atau 088-488301," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, langkah berkenaan selaras dengan arahan kerajaan berhubung PKPB yang masih berkuat kuasa dan sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sesawang JPN di www.jpn.gov.my atau Facebook JPN Malaysia.

Dalam pada itu pihaknya menasihatkan agar para pelanggan menangguhkan urusan mereka di JPN sehingga tempoh pelaksanaan PKPB berakhir sekiranya tiada urusan mendesak atau kecemasan.

  • oleh
  • Advertisement