Anda di sini

Grealish jadi buruan utama Manchester City

Advertisement
 Grealish (kiri) bersaing dengan pemain tengah Brighton Solly March pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Aston Villa dan Brighton and Hove Albion di Villa Park, Birmingham, England baru-baru ini — Gambar AFP
BERTENAGA: Grealish (kiri) bersaing dengan pemain tengah Brighton Solly March pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Aston Villa dan Brighton and Hove Albion di Villa Park, Birmingham, England baru-baru ini — Gambar AFP

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, dilaporkan menyenaraikan kapten Aston Villa, Jack Grealish sebagai buruan utama sebagai sebahagian dari pembinaan semula di kelab.

Guardiola mahu memperkuatkan skuad selepas beliau menandatangani kontrak baharu sehingga musim panas 2023.

Grealish, pemain antarabangsa England, mempamerkan beberapa aksi memberangsangkan bersama Villa musim ini dan mendapat perhatian tinggi di City, seperti yang dilaporkan akhbar The Independent.

Walaupun penyerang Barcelona, Lionel Messi dan penyerang Tottenham, Harry Kane juga menjadi antara pilihan utama, Grealish dilihat oleh Guardiola sebagai seseorang yang berupaya untuk membantu mengembalikan semula kegemilangan City.

Laporan berkata Guardiola ada bercakap dengan pemain tengah City, Kevin de Bruyne tentang Grealish.

De Bruyne, yang baru-baru ini berdepan Grealish ketika Belgium menentang England dalam aksi Liga Negara UEFA, dikatakan menggambarkan bahawa Grealish, 25, adalah seorang pemain yang seharusnya cuba dibeli City.

Mendapatkan Grealish bagaimanapun bukan satu tugas yang mudah, dengan Villa dijangka akan menuntut yuran perpindahan lebih dari 100 juta untuk pemain kelahiran akademi mereka.

Grealish, yang sebelum ini dikaitkan dengan satu perpindahan ke Manchester United, menandatangani kontrak baharu di Villa pada bulan September dan hanya akan tamat pada musim panas 2025.

Musim ini, Grealish bermain dengan lebih keyakinan dan amat mengagumkan di mana beliau menjaringkan empat gol dan mengumpan enam gol dari lapan perlawanan Liga Perdana, selain turut memberi impak ketiak beraksi bersama England.

City bergelut dengan konsistensi pada awal musim ini dan ketika ini berada di tangga ke-13 liga dengan hanya 12 mata dari lapan perlawanan. — AFP

Advertisement