Anda di sini

Demi kesejahteraan rakyat dan kelangsungan ekonomi

Advertisement
 

Keputusan Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan di bawah Belanjawan 2021 bagi memperluaskan perkhidmatan bank bergerak di Sarawak suatu yang dinanti-nantikan khasnya oleh komuniti luar bandar.

Saya bersetuju dengan keputusan ini kerana ia memberi manfaat besar kepada penduduk pedalaman yang menghadapi masalah pengangkutan dan terpaksa menanggung kos tinggi untuk ke bandar bagi mendapatkan akses perbankan asas.

Sebagai anak Sarawak, saya bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan persekutuan terhadap kebajikan rakyat negeri ini.

Melissa Manis Pongkas, 45, Bau  

Ahli Perniagaan

Melissa Manis Pongkas
Melissa Manis Pongkas

Apabila suntikan dana ditambah bagi pembangunan infrastruktur, ia akan membolehkan projek pelaksanaan dan penyelenggaraan serta naik taraf jalan raya dan sebagainya dapat diteruskan.

Keputusan kerajaan persekutuan meneruskan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo juga pastinya berita gembira buat rakyat Sarawak khasnya kerana apabila projek ini siap nanti ia memberi kemudahan dari pelbagai aspek tidak hanya memudahkan perhubungan. Terima kasih kerajaan.

Mohamad Yusrizalmi Kassim, 43, Kuching  

Penjawat Awam PDRM

Mohamad Yusrizalmi Kassim
Mohamad Yusrizalmi Kassim

Bantuan ‘one-off’ daripada kerajaan sedikit sebanyak membantu usahawan seperti kami terutama untuk menampung kos operasi sekali gus membolehkan perniagaan terus bertahan dalam waktu sukar seperti sekarang.

Saya juga berpendapat agensi-agensi kerajaan perlu menyediakan geran-geran bagi membantu usahawan kecil dan sederhana sedia ada seperti saya.

Apapun syukur kepada Tuhan atas bantuan ini, sekurang-kurangnya ia menampung kos operasi terutama dalam penyediaan bahan-bahan asas kek dan pastri.

Charlene Johnny, 36, Kota Samarahan  

Pengusaha kek dan pastri

Charlene Johnny
Charlene Johnny

Bayaran sekali beri RM500 kepada pegawai dan petugas masjid bantuan yang sangat baik dan banyak membantu menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan tahun depan.

Menaikkan elaun guru takmir dari RM800 kepada RM900 juga sangat dialu-alukan kerana kebanyakan mereka ini tidak ada sumber pendapatan yang lain.

Kenaikan sebanyak RM100 ini, ia dapat menyampung sara hidup yang kian meningkat terutama sekali harga barangan keperluan harian.

Abdul Rahman Noor, 65, Kuching  

Pengerusi Masjid Darul Barakah, Taman Satria Jaya BDC

Abdul Rahman Noor
Abdul Rahman Noor

RM95 juta yang diperuntukkan bagi pembiayaan mikro kredit khasnya melalui TEKUN, MARA dan AgroBank dilihat sebagai galakan kepada golongan wanita menceburi bidang perniagaan.

Dengan adanya bantuan seperti ini, wanita khususnya golongan suri rumah akan memperoleh modal untuk memulakan perniagaan.

Ini sekali gus akan membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi keluarga tanpa perlu meninggalkan rumah.

Nornasheila Ahmad Zaidi , 31, Kuching  

Penolong Pegawai Tadbir

Nornasheila Ahmad Zaidi
Nornasheila Ahmad Zaidi

Bantuan BPR sudah tentu akan memberi manfaat kepada rakyat terutamanya yang memerlukan dan ia harus diteruskan.

Kebenaran mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga amat dialu-alukan terutama ketika waktu sukar sekarang akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun kita benar-benar memerlukan modal kerja yang lebih baik untuk rakyat, komuniti dan saya meraskan tugas kerajaan ialah memastikan ekonomi negara kembali berada di landasan yang betul.

Mark Murau Sumon, 40, Kuching

Konsultan perundangan

Mark Murau Sumon
Mark Murau Sumon

Saya amat gembira dan bersetuju elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM300 sebulan.

Mewakili nelayan di Sarawak, saya berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana prihatin kepada nelayan di seluruh negara.

Sememangnya nelayan, apa-apa pun bentuk bantuan kami terima dengan penuh syukur kerana ia sememangnya banyak membantu lebih-lebih ketika waktu sukar seperti ini.

Jam Hajimi, Kuching  

Pengerusi Persatuan Nelayan Sarawak

Jam Hajimi
Jam Hajimi

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dapat mengurangkan beban rakyat dalam keadaan pandemik COVID-19 yang melanda kini.

Sebagai ibu tunggal dengan dua cahaya mata, bantuan ini sememangnya membantu saya membeli keperluan asas membayar bil elektrik dan air selain membeli peralatan sekolah anak-anak. Terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ratnadewi Omar, 35, Kuching    

Kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuching

Ratnadewi Omar
Ratnadewi Omar

Saya tertarik dengan peruntukan disediakan bagi menambah baik infrastruktur luar bandar di Sarawak. Masih ada sekolah di kawasan ini tidak dihubungkan oleh jaringan jalan raya yang baik.

Saya juga berharap dengan peruntukan RM250 juta bagi pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar, tidak ada lagi sekolah bergantung kepada set penjana kuasa sebagai sumber tenaga utamanya.

Grace Lawrence, 38, Kuching    

Guru

Grace Lawrence
Grace Lawrence

Saya sebagai rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 amat menyambut baik Belanjawan 2021. Ia belanjawan prihatin lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang agak perlahan ketika ini.

Sebagai golongan B40 dan peniaga, saya amat berharap belanjawan ini diluluskan agar semua bentuk bantuan yang diumumkan dapat sampai kepada kumpulan sasaran.

Bantuan Prihatin Rakyat misalnya sudah tentu akan membantu kami dalam menyediakan keperluan asas rumah.

Aduka Morni, 38, Kuching  

Penjual ikan terubuk masin

Aduka Morni
Aduka Morni

Saya menyambut baik Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) walaupun merasakan jumlahnya tidak banyak dan saya dapat melihat jumlah bantuan yang diberikan itu mengikut kumpulan sasaran.

Apapun saya merasakan BPR sekurang-kurangnya memenuhi objektif untuk membantu kumpulan sasar.

Saya juga mengalu-alukan peluasan program subsidi upah kerana pekerja yang berpendapatan RM4,000 sebulan dan ke bawah akan mendaapt subsidi RM600.

Mohammad Asmady Yussof, 29, Kuching  

Penyelia

Mohammad Asmady Yussof
Mohammad Asmady Yussof

Langkah kerajaan pusat memberi peruntukan besar kepada Sarawak sangat wajar kerana masih banyak kawasan di pedalaman negeri ini terutamanya perlu dibangunkan.

Sebagai contoh, menerusi peningkatan pelaksanaan bank bergerak di negeri Sarawak sangat membantu pertumbuhan ekonomi luar bandar.

Melalui pelaksanaan tersebut kita dapat mengatasi masalah penduduk bandar mengeluarkan wang tunai daripada bantuan kewangan disalurkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Mohd Fakhrul Bahri Drahman, 23, Kuching  

Pelajar UiTM Kota Samarahan

Mohd Fakhrul Bahri Drahman
Mohd Fakhrul Bahri Drahman

Fokus kepada pembangunan luar bandar. Kalau boleh tingkatkan kualiti jalan di luar bandar, menaik taraf kemudahan utiliti seperti api dan elektrik.

Penekanan harus diberikan ke atas pembinaan jalan raya kerana ia memudahkan urusan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat.

Kalau boleh saya meminta kerajaan memperbanyakkan lagi infrastruktur sukan di Sibu. Penduduk di Sibu mahu bersukan tetapi akses untuk melakukan aktiviti itu masih kurang.

Mohammad Rezza Abdullah Bahida, 28, Sibu

Pelajar Pascsiswazah UNIMAS

Mohammad Rezza Abdullah Bahida
Mohammad Rezza Abdullah Bahida

Pelbagai inisiatif kerajaan dalam Belanjawan 2021 untuk memperkasakan sektor pertanian amat saya hargai.

Ini kerana semenangnya ia amat diperlukan oleh usahawan tani seperti kami mengembangkan lagi perusahaan bagi memenuhi keperluan serta permintaan pasaran.

Untuk usahawan tani di Sarawak, ambillah peluang daripada bantuan kerajaan agar dapat berkembang maju seperti rakan-rakan usahawan tani di Semenanjung Malaysia.

Dayangku Khalizawati Awangku Serma, 36, Kuching  

Pengusaha Cendawan Tiram

Dayangku Khalizawati Awangku Serma
Dayangku Khalizawati Awangku Serma

Terima kasih kepada kerajaan kerana bantuan yang diberikan mampu menyelamatkan perniagaan kecil-kecilan kami usahakan.

Pelaksanaan PKP dari Mac lalu, disambung dengan PKP Bersyarat seterusnya PKP Pemulihan telah menjejaskan operasi perniagaan para penjaja malah ada yang terpaksa tutup.

Oleh itu, kami menyambut baik segala bentuk bantuan yang diumumkan kepada peniaga seperti kami antaranya pembiayaan mikro kredit bernilai hampir RM1.2 bilion.

Mohd Ariffin Abdullah, 64, Kuching  

Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Sarawak

Mohd Ariffin Abdullah
Mohd Ariffin Abdullah

Sebagai peniaga kecil-kecilan, dengan adanya sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan, saya dapat meneruskan perniagaan yang terjejas sejak beberapa bulan lalu.

Bantuan daripada kerajaan juga memudahkan saya membayar balik pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Bagi memperkasakan wanita dalam sektor perniagaan, insentif dan bantuan untuk wanita memulakan atau mengembangkan lagi perniagaan amat dihargai.

Afidah Mohamad, 43, Kuching  

Penjual kuih

Afidah Mohamad
Afidah Mohamad

Saya berharap tidak ada yang akan terpinggir daripada mendapat manfaat pengecualian cukai kesihatan yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Pengecualian cukai ini akan membolehkan wanita yang sakit terutamanya suri rumah dan mereka daripada golongan B40 mendapat rawatan pada kadar berpatutan.

Dalam masa sama, kerajaan perlu menaik taraf khidmat di setiap pusat perubatan terutamanya di luar bandar juga di bandar yang belum berada pada tahap terbaik.

Mayza Mustapa, 39, Kuching  

Suri rumah

Mayza Mustapa
Mayza Mustapa
Advertisement