Anda di sini

COVID-19: Daerah Kuching hari ini berstatus jingga.

Advertisement
Jadual menunjukkan daerah dikelaskan sebagai zon jingga dan kuning di Sarawak. Daerah lain semua hijau.
Jadual menunjukkan daerah dikelaskan sebagai zon jingga dan kuning di Sarawak. Daerah lain semua hijau.

KUCHING: Daerah Kuching hari ini bertukar daripada status merah kepada jingga dengan jumlah keseluruhan 37 kes COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata hari ini tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan di Kuching dengan keseluruhan kes yang positif adalah 707 dan 12 kematian.

“Daerah Kuching merekodkan jumlah keseluruhan seramai 37 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari menjadikannya hari ini bertukar daripada status zon merah kepada jingga. 

“Manakala daerah Miri dan Lawas kekal berstatus kuning dan lain-lain daerah (37 buah) kekal bersatus hijau,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat 26 kes aktif yang masih dalam rawatan di Kuching serta 25 orang yang disyaki (PUI) yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Sementara itu, laporan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuching mencatatkan sebanyak 6,063 jumlah kenderaan diperiksa dan tiada yang diarahkan berpatah balik.

“Jumlah kumulatif kenderaan yang diperiksa sepanjang PKPB adalah sebanyak 114,607 dan 613 buah telah diarah berpatah balik,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement