Anda di sini

PKOB Sandakan ambil langkah agresif tangani wabak COVID-19

Advertisement
 ACP Mohd Azhar berkata sesuatu kepada media ketika membuat tinjauan di SJR Jalan Batu Sapi.
PATUHI SOP: ACP Mohd Azhar berkata sesuatu kepada media ketika membuat tinjauan di SJR Jalan Batu Sapi.

SANDAKAN: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Sandakan telah mengambil langkah agresif menangani wabak COVID-19 di daerah Sandakan terutamanya di Parlimen Batu Sapi.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata antara tiga kawasan parlimen yang terdapat di daerah Sandakan ini, Parlimen Batu Sapi didapati mempunyai jangkitan wabak COVID-19 yang tertinggi.

“Ekoran dari itu, PKOB Daerah Sandakan telah mengambil inisiatif dengan melihat kenderaan pengangkutan awam terutama bas mini,” katanya.

Beliau berkata kluster pertama dikesan di daerah ini berlaku dari kluaster pengusaha bas.

“Pihak kami telah bekerjasama dengan palbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia , Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Penerangan, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan nyah kuman terhadap bas-bas yang menggunakan laluan Batu Sapi,” katanya.

Mohd Azhar yang juga Ketua Polis Daerah Sandakan memberitahu pengusaha-pengusaha  bas ini juga diajar bagai mana membuat sanitasi bas mereka dan sentiasa mengamalkan serta mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai (SOP).

“Setiap penumpang perlu mendaftar MySejahtera, memakai pelitup muka dan pengusaha bas juga hanya dibenarkan memuat penumpang sebanyak 50 peratus dari had sebenar,” katanya.

Beliau berkata inisiatif PKOB juga dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada penduduk di Parlimen Batu Sapi ini tentang kepentingan memutuskan penularan COVID-19 dengan mengamalkan penggunaan pelitup muka, penjarakan fizikal dan memastikan mereka yang bergejala itu membuat saringan COVID-19.

“Kita juga akan mengadakan proses nyah kuman di tempat-tempat awam seperti masjid-masjid di perkampungan untuk memastikan kawasan masjid bebas dari kuman,” tegasnya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang merancang untuk melakukan sanitasi bagi kenderaan E-hailing dan teksi.

Dalam pada itu, Mohd Azhar berkata Sekatan Jalan Raya (SJR) juga akan diperketatkan di Parlimen Batu Sapi ini.

“SJR di kawasan ini terdapat dua lokasi iaitu di Jalan Leila dan Jalan Batu Sapi bagi memastikan pengguna jalanraya sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh MKN,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement