Anda di sini

Oliveira raih kemenangan ‘istimewa’ pada perlumbaan terakhir MotoGP

Advertisement
OLIVEIRA
OLIVEIRA

PORTIMAO: Miguel Oliveira berkata ia adalah ‘sangat istimewa’ untuk meraih kemenangan perlumbaan MotoGP di Portugal pada Ahad untuk satu impian menamatkan musim.

Tempat kedua Jack Miller di Algarve memastikan pasukan Ducati mengesahkan kejuaraan kategori pasukan MotoGP.

Oliviera mengulangi kemenangan sulung beliau di Styria pada bulan Ogos dengan memenangi perlumbaan dalam cuaca cerah di Portimao untuk apa yang merupakan perlumbaan pertama beliau dalam kelas elit di tanahairnya sendiri.

“Ia sungguh luar biasa,” kata Olivieira  selepas perlumbaan. “Anda mengimpikan perlumbaan seperti ini dan untuk akhirnya mencapai semua ini adalah sangat hebat sekali. Saya tidak mempunyai kata-kata untuk menggambarkannya, hanya mahu berterima kasih kepada semua orang dan mereka yang menonton di rumah kerana tidak dapat berada di litar hari ini. Kepada mereka, saya mahu mengucapkan terima kasih dan juga terima kasih kepada pasukan saya.

“Ia adalah hari yang hebat dan satu pencapaian besar bagi saya. Ia adalah hari yang lebih istimewa kerana keluarga saya tidak dapat melihat saya meraih kemenangan secara langsung tetapi mereka berada di sini hari ini, jadi ia adalah hari yang sangat  hebat dan penuh emosi bagi saya. Saya berasa gembira untuk menamatkan musim dengan pencapaian yang cukup tinggi ini.”

Kemenangan pelumba pasukan KTM Tech 3 itu bermakna tiada rekod pemenang perlumbaan ke-10, dengan Fabio Quartararo, Brad Binder, Andrea Dovizioso, Franco Morbidelli, Maverick Vinales, Danilo Petrucci, Alex Rins dan juara baharu, Joan Mir, merupakan sembilan pemenang perlumbaan pada musim  yang sukar diramalkan tahun ini.

Morbidelli menyerlah dalam saingan enam pelumba untuk menduduki tempat kedua, walaupun ada dipintas Miller pada pusingan terakhir.

Namun Morbidelli menamatkan saingan keseluruhan 13 mata di belakang Mir, yang mengesahkan kejuaraan dunia pertama beliau pada perlumbaan di Valencia minggu lepas.

Kemenangan tempat kedua Miller memastikan pasukan Ducati memenangi kejuaraan kategori pasukan buat kali pertama sejak 2007 dengan menewaskan pasukan Suzuki, di mana harapan mereka memburu  kejuaraan berkecai selepas satu hujung minggu mengecewakan buat Mir.

Mir memulakan perlumbaan di petak ke-20 dan terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal kerana masalah elektronik pada jenteranya tetapi beliau tidak berasa resah selepas menjadi pelumba Suzuki pertama muncul juara dunia sejak 2000.

Alex Rins menduduki tempat ketiga keseluruhan sementara Maverick Vinales di tempat keempat.

Quartararo, yang memenangi dua perlumbaan pertama tahun ini, menamatkan saingan di tempat kelapan.

Portimao menganjurkan perlumbaan pertama sejak 2012, dengan Oliveira mencipta masa terpantas pada sesi ujian masa kelayakan pada Sabtu.

Beliau bermula di petak pertama dan mendahului dari awal untuk melengkapkan kemenangan yang hanya sedikit terjejas dengan ketiadaan penonton di litar.

Oliveira bagaimanapun masih meraikan  kemenangannya dengan membawa bendera Portugal ketika melakukan satu pusingan penghargaan.

Bekas juara dunia, Valentino Rossi, menamatkan musim mengecewakan bersama pasukan induk  Yamaha dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Beliau membuat penampilan terakhir bersama Yamaha sebelum berpindah ke pasukan sokongan Yamaha pada 2021.

Dalam kelas Moto2, Remy Gardner dari Australia juga meraih kemenangan pertama beliau di Portimao ketika Enea Bastianini dari Itali disahkan sebagai juara dunia 2020.

Raul Fernandez memenangi kelas Moto3 sementara rakan senegaranya dari Sepanyol, Albert Arenas mengesahkan kejuaraan dunia walaupun  menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. — AFP

Advertisement