Anda di sini

Vivian hadir taklimat khas perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Advertisement
 Vivian (kiri) bersama Dr Jemilah dan Dr Noor Hisham semasa taklimat khas perkembangan terkini  COVID-19 di Malaysia.
TAKLIMAT: Vivian (kiri) bersama Dr Jemilah dan Dr Noor Hisham semasa taklimat khas perkembangan terkini  COVID-19 di Malaysia.

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee telah menghadiri taklimat khas berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia di Parlimen pada Khamis lalu.

Taklimat khas itu diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Semasa taklimat itu, ketika menyentuh mengenai situasi semasa di Sabah, Dr Noor Hisham menyatakan situasi COVID-19 di Sabah adalah sangat mencabar berikutan demografik yang kompleks selain kehadiran pendatang asing yang ramai dan tidak berdokumen di negeri ini.

Usaha Jabatan Kesihatan untuk memerangi pandemik COVID-19 di Sabah juga berhadapan dengan isu logistik yang mana ia menyebabkan banyak keputusan ujian tertunggak.

Vivian menyeru kepada kerajaan agar bertindak pantas untuk mengatasi kebimbangan Dr Noor Hisham dalan berhadapan dengan gelombang ketiga pandemik COVID-19 semasa yang dihadapi negara pada masa kini.

  • oleh
  • Advertisement