Anda di sini

Rakyat perlu sentiasa berhati-hati

Advertisement
 Wetrom (tengah) bersama pengakap-pengakap semasa sesi pemberian sumbangan baru-baru ini.
SAMPAIKAN: Wetrom (tengah) bersama pengakap-pengakap semasa sesi pemberian sumbangan baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu sentiasa berhati-hati setiap hari dan perlu sedar mengenai bahayanya pandemik COVID-19.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Wetrom Bahanda berkata, kes baharu COVID-19 dalam negeri dilaporkan tinggi pada setiap hari.

"Khususnya penduduk kawasan saya di DUN Bandau, rakyat perlu berhati-hati. Pematuhan dan kawalan kendiri dalam diri rakyat amat penting pada saat ini.

“Sentiasa berjaga-jaga, amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka atau pelindung wajah  sekiranya perlu keluar ke tempat kerja atau membeli barang keperluan kerana kita tidak dapat jangka dari mana dan dari siapa virus itu akan ada dan mampu menjangkiti kita.

“Terus ikuti perkembangan semasa dan paling penting untuk amalkan kebersihan diri dan ahli keluarga yang dalam kawalan kita seperti kerap mencuci tangan dengan air bersih dan sabun antibakteria atau menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya dalam satu kenyataan selepas bersama Persatuan Pengakap Kota Marudu turun padang dan memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Langkon, di sini.

Hadir sama semasa sesi pemberian sumbangan tersebut ialah Pesuruhjaya Pengakap Kota Marudu, Zatun Mumin.

Advertisement