Anda di sini

Penduduk lari enggan jalani saringan COVID-19

Advertisement
 Antara petugas yang ke pulau memberi perkhidmatan saringan COVID-19.
SARINGAN COVID-19: Antara petugas yang ke pulau memberi perkhidmatan saringan COVID-19.

LAHAD DATU: Petugas Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di sini menghadapi cabaran penugasan apabila penduduk didapati lari dari menjalani saringan COVID-19.

Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu Dr. Amirul Hisham Zainol berkata, situasi itu telah berlaku di beberapa lokasi namun petugas terus turun padang menghadapinya di lapangan kerja.

"Cabaran orang lari bukan pertama kali, sebelum ini ada juga lari ke kawasan bakau, di Kampung Desa Bajau dan Sabah Baru sama juga masalahnya," katanya di sini.

Beliau berkata, meskipun saringan bersasar COVID-19 yang dilaksanakan pertama kali di Pulau Sakar itu menghadapi kekangan namun ianya tetap dilaksanakan untuk mencapai matlamat pengesanan.

Katanya, penduduk yang ditemui telah disaring, diberi maklumat berkaitan COVID-19 dan turut menerima sumbangan pek keperluan makanan.

Dimaklumkan ada lima kes positif COVID-19 dikesan dari aktiviti saringan di pulau itu yang melibatkan 120 petugas di lapan lokasi penugasan.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Juraimin Jadil ketika ditemui berkata arahan untuk mengawal pergerakan penduduk di kawasan itu telah dikeluarkannya.

"Memandangkan bantuan pek makanan juga telah diedar kepada penduduk di situ, diharap pergerakan dikurangkan," katanya.

Menurutnya, sehingga ada perkembangan terkini, pemantauan pergerakan penduduk di pulau itu amat penting bagi mengurangkan pelbagai risiko terutama jangkitan wabak pandemik itu.

  • oleh
  • Advertisement