Anda di sini

Klopp tidak ambil kisah tentang kejuaraan EPL

Advertisement
 Gambar fail ini menunjukkan terjahan keras yang dilakukan oleh penjaga gol Everton, Pickford terhadap Virgil van Dijk dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park. — Gambar AFP
SERIUS: Gambar fail ini menunjukkan terjahan keras yang dilakukan oleh penjaga gol Everton, Pickford terhadap Virgil van Dijk dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park. — Gambar AFP

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata beliau tidak begitu kisah tentang kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kecewa dengan jadual padat perlawanan dan juga kecederaan pemainnya.

Jurulatih dari Jerman itu melihat kecederaan kepada pemain pertahanan utamanya, Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan pemain tengah, Jordan Henderson dalam beberapa minggu terakhir, yang memaksa beliau menurunkan beberapa pemain muda.

Gomez mengalami kecederaan semasa sesi latihan ketika bersama skuad kebangsaan England.

Dan apabila ditanya berapa banyak mata yang diperlukan untuk memenangi kejuaraan musim ini, Klopp berkata ia bukan fokus utama beliau.

“Maaf jika saya berkata begini tetapi saya tidak ambil kisah. Ia tidak kelihatan ada pasukan yang mendapat 100 mata atau apa jua. Pada musim ini, empat minggu lebih pendek? Jumlah perlawanan yang sama? Saya fikir ia mustahil. Malah 87 mata mungkin sukar,” kata Klopp kepada akhbar Daily Mail.

“Bahasa (Inggeris) saya tidak cukup bagus untuk menggambarkan apa sebenarnya terlintas dalam fikiran saya apabila melibatkan kecederaan Gomez. Ketua psio saya memberitahu saya dan semua orang ia adalah kecederaan serius. Tiada keraguan. Tiada harapan untuk kecederaan ringan. Kecederaan adalah sebahagian dari lumrah untuk pemain dan jurulatih. Bagaimana ia berlaku kadang-kadang amat membimbangkan.

“Dalam situasi Van Dijk, ia mungkin bukan kerana keseriusan perlawanan. Ia adalah kerana keputusan pelik dari seorang pemain (penjaga gol Everton, Jordan Pickford) yang menyebabkan kecederaan.

Dalam beberapa minggu yang lalu, Klopp menyertai rakan sejawatannya di Manchester City, Pep Guardiola, yang mendesak pengenalan semula pertukaran lima pemain dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris kerana jadual perlawanan yang padat.

“Ini adalah masa yang sukar, bukan hanya untuk bola sepak tetapi keseluruhan dunia,” kata beliau. “Kita semua harus berusaha gigih untuk mengharunginya.” — AFP

Advertisement