Anda di sini

Kes positif COVID-19 di KK dijangka meningkat mendadak tempoh terdekat

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Kes positif COVID-19 di daerah Kota Kinabalu dijangka akan terus meningkat mendadak dalam tempoh masa terdekat berikutan usaha Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang sedang melaksanakan ujian saringan terhadap penduduk di penempatan Telipok dan Kampung Numbak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sejumlah sekitar 21,000 orang akan dikenakan ujian saringan COVID-19.

"Setakat 21 November 2020, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 346 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 25,787 kes. 

"Terdapat tiga kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Keningau, Kudat dan Lahad Datu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, seramai 369 pesakit COVID-19 telah sembuh dari hospital. Seramai 2,373 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 645 orang di hospital dan 1,728 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

Katanya, bilangan pesakit COVID-19 dalam Unit Rawatan Rapi ialah 72 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Tidak ada kluster baharu dilaporkan, selain itu sebanyak 202,121 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah juga telah melaksanakan sanitasi di tujuh premis di empat buah daerah iaitu Tawau, Kinabatangan, Kota Belud dan Semporna," katanya.

  • oleh
  • Advertisement