Anda di sini

Kekebalan skuad wanita Lyon berakhir di tangan PSG

Advertisement
 Antara babak aksi perlawanan D1 Wanita Perancis di antara PSG dan Lyon di Stadium Parc des Princes di Paris. — Gambar AFP
SENGIT: Antara babak aksi perlawanan D1 Wanita Perancis di antara PSG dan Lyon di Stadium Parc des Princes di Paris. — Gambar AFP

PARIS: Pasukan bola sepak kelab wanita Lyon, yang menguasai bola sepak wanita di Perancis dan juga di Eropah sejak beberapa tahun, tersungkur pada Jumaat apabila tewas 0-1 kepada musuh utama, Paris Saint Germain (PSG), sekali gus menamatkan rekod 73 perlawanan  tanpa kalah mereka.

Lyon sudah memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Wanita pada lima tahun terakhir dan mereka juga muncul juara liga wanita di Perancis untuk 14 musim berturut-turut tetapi kekalahan pada Jumaat membolehkan PSG memintas mereka di tangga  teratas liga setakat musim ini.

Penyerang antarabangsa Perancis, Marie-Antoinette Katoto, menjaringkan gol tunggal kemenangan pada satu perlawanan tanpa penonton di Parc des Princes, yang kebiasaannya dikhaskan untuk perlawanan pasukan lelaki PSG.

PSG adalah pasukan terakhir yang menewaskan Lyon dalam mana-mana pertandingan apabila menang 1-0 pada final Piala Perancis pada Mei 2018, dengan Katoto juga penjaring gol tunggal perlawanan  itu.

PSG kini satu mata di hadapan Lyon, yang sebelum ini menang semua lapan perlawanan berturut-turut musim ini walaupun beraksi tanpa penyerang sensasi, Ada Hegerberg, yang mengalami kecederaan.

Lyon belum tewas dalam 80 perlawanan liga dan pasukan terakhir menewaskan mereka dalam liga ialah PSG, juga dengan keputusan 1-0 pada Disember 2016. — AFP

Advertisement