Anda di sini

Kes COVID-19 di Sarawak kembali sifar

Advertisement
Statistik terkini COVID-19 di Sarawak.
Statistik terkini COVID-19 di Sarawak.

KUCHING: Sarawak kembali merekodkan sifar kes positif baharu COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan jumlah kes positif di negeri ini kekal sebanyak 1,055 kes setakat ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata satu kes baharu pulih dan discaj hari ini menjadikan keseluruhan jumlah kes pulih dan discaj meningkat kepada 972 kes setakat ini. 

Manakala jumlah kes yang masih mendapat rawatan di wad pengasingan hospital seramai 64 orang dengan 56 kes di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan lapan di Hospital Miri. 

“Hari ini terdapat lima kes orang disyaki (PUI) baharu dan seramai 307 orang di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin,” katanya. 

JPBNS turut memaklumkan terdapat enam kluster masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas dengan kesemuanya di Kuching. 

Daerah Kuching katanya masih kekal berstatus Merah dengan 59 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari. 

Dua daerah iaitu Miri dan Lawas berstatus Kuning manakala 37 daerah lain berstatus hijau. 

  • oleh
  • Advertisement