Anda di sini

Igauan ngeri muara Saribas

Advertisement
 Keadaan hakisan tebing sungai yang membelenggu penduduk di Kampung Semarang, Pusa.
TERDEDAH: Keadaan hakisan tebing sungai yang membelenggu penduduk di Kampung Semarang, Pusa.

PUSA: Tujuh keluarga yang tinggal di tebingan muara Batang Saribas melahirkan kebimbangan terhadap ancaman hakisan tebing sungai yang kian menghampiri kediaman mereka di Kampung Semarang di sini.

AWANG ABU BAKAR
AWANG ABU BAKAR

Seorang penduduk, Awang Abu Bakar Awang Talib berkata, fenomena air pasang besar yang berlaku beberapa hari lalu telah memburukkan lagi keadaan hakisan tanah yang berlaku di kawasan tersebut.

“Air pasang besar dan laut bergelora di bahagian muara sungai ini telah membadai tebing sungai berhampiran kediaman kami dan menyebabkan hakisan tebing berlaku dengan agak pantas dan di luar jangkaan kami.

“Sejak 60 tahun kami tinggal di kawasan ini, fenomena air pasang besar kali ini adalah yang terburuk pernah berlaku dan ia merupakan igauan ngeri yang tidak mungkin kami lupakan.

“Kami pernah mengemukakan permohonan untuk membina benteng hakisan di kawasan ini pada 2007, namun sehingga kini belum ada respons positif daripada pihak berkenaan,” kata Awang Abu Bakar, semalam.

 Keadaan Masjid Darul Ihsan, Kampung Semarang yang rosak teruk sejurus selepas dibadai ombak besar baru-baru ini.
ROSAK TERUK: Keadaan Masjid Darul Ihsan, Kampung Semarang yang rosak teruk sejurus selepas dibadai ombak besar baru-baru ini.

Kediaman penduduk yang berisiko terjejas tersebut terletak lebih kurang 80 meter dari Masjid Darul Ihsan, Kampung Semarang yang musnah akibat dibadai ombak besar beberapa hari lepas.

Masjid yang dibina pada 1959 itu kini tidak lagi dapat digunakan susulan strukturnya rosak teruk dalam insiden terbabit.

Justeru, Awang Abu Bakar bersama beberapa penduduk lain berharap agar kerajaan mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah hakisan tebing sungai itu.

“Kita khuatir dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini akan memburukkan lagi keadaan dan boleh menyebabkan rumah kami terjejas.

“Kita amat berharap usaha membina benteng hakisan atau tindakan lain diambil segera untuk mengatasi masalah ini sebelum masalah lain berlaku,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat yang turut dihubungi penduduk bagi meninjau keadaan di lokasi berkenaan berkata, hakisan turut menjejaskan struktur beberapa jalan kampung.

__alt__

“Hasil pemantauan yang dilakukan di lokasi berkenaan mendapati hakisan yang berlaku terletak hanya lebih kurang 100 meter dari rumah penduduk.

“Melalui pemantauan ini juga, kita mendapati hakisan tersebut boleh bertambah dan berlaku lagi,” kata Nazry ketika dihubungi semalam.

  • oleh
  • Advertisement