Anda di sini

COVID-19: California umum perintah duduk di rumah

Advertisement
 Seorang pelanggan menolak troli di sebelah rak kosong di sebuah pasar raya di Burbank, California kelmarin selepas pembelian panik menjelang pelaksanaan perintah duduk di rumah di negeri tersebut. — Gambar AFP
KOSONG: Seorang pelanggan menolak troli di sebelah rak kosong di sebuah pasar raya di Burbank, California kelmarin selepas pembelian panik menjelang pelaksanaan perintah duduk di rumah di negeri tersebut. — Gambar AFP

LOS ANGELES: California kelmarin mengumumkan perintah duduk di rumah di negeri itu untuk mengekang peningkatan mendadak kes COVID-19.

Gabenor Gavin Newsom berkata perintah duduk di rumah dari jam 10 malam sehingga 5 pagi waktu tempatan akan dikuatkuasakan mulai petang hari ini sehingga 21 Disember.

“Virus telah merebak dalam keadaan yang tidak pernah dilihat sejak bermulanya pandemik serta beberapa hari dan minggu seterusnya akan menjadi sangat kritikal untuk menghentikan peningkatannya. Kami telah membunyikan amaran tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan.

“Adalah penting kita bertindak untuk mengurangkan penyebaran dan mengurangkan kemasukan ke hospital sebelum kiraan kematian meningkat.

“Kita telah melakukan itu sebelum ini dan kita harus melakukannya semula.”
Perintah itu akan dikuat-kuasakan di beberapa wilayah dengan peringkat ungu pa-ling terhad di negeri ini, yang dilakukan terhadap 94 peratus populasi negeri ini termasuk di Los Angeles dan San Diego.

San Francisco, yang beralih dari peringkat kuning yang kurang terhad kepada merah pada minggu ini, tidak akan terjejas oleh perintah duduk di rumah itu.

Bagaimanapun bandar tersebut, seperti sebahagian besar di Bay Area, telah dipaksa untuk menutup tempat makan dalam bangunan dan menyekat peruncit dan gim ketika peningkatan COVID-19 yang baharu.

Pihak berkuasa berkata kes COVID-19 telah meningkat kepada hampir 50 peratus di California semasa minggu pertama November, mencetuskan kebimbangan bahawa hospital di kawasan panas akan menjadi terlalu sesak dengan pesakit baharu.

“Dengan bersikap kurang berhati-hati akan meletakkan beribu-ribu nyawa dalam bahaya dan melumpuhkan sistem rawatan kesihatan kita,” kata Erica Pan, pemangku pegawai kesihatan awam di negeri tersebut.

“Bersama-sama kita telah mencegah satu krisis kesihatan awam pada musim bunga, sekali lagi bersama-sama kita akan melakukannya semula,” tambah beliau.

Mark Ghaly, setiausaha perkhidmatan kesihatan dan kemanusiaan di negeri ini, memberi amaran bahawa sekatan yang lebih tegas akan dilaksanakan kecuali jumlah kes turun.

“Kita mungkin perlu untuk mengambil tindakan yang lebih tegas sekiranya kita tidak mampu melandaikan lengkungan dengan segera,” jelas beliau. “Mengambil tindakan yang sukar dan sementara ini sekarang akan membantu mencegah pe-nutupan akan datang.”

Pengumuman Newsom mengenai perintah duduk di rumah muncul ketika semakin banyak negeri di Amerika Syarikat (AS) menarik balik pembukaan semula.

AS kini telah mendaftarkan lebih 251,000 kematian dan lebih 11.6 juta kes yang dilaporkan, menurut catatan harian oleh Johns Hopkins University, setakat ini merupakan angka kematian negara yang paling tinggi dilaporkan.

Peningkatan kes COVID-19 telah mengejutkan pihak berkuasa sehingga Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit AS menggesa rakyat AS agar tidak pergi ke mana-mana semasa cuti Hari Kesyukuran pada minggu depan. — AFP

Advertisement