Anda di sini

AirAsia laksana teknologi inovatif untuk pengalaman perjalanan lebih lancar, selamat

Advertisement
 AirAsia lancar Scan2Fly untuk pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat.
INOVASI: AirAsia lancar Scan2Fly untuk pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat.

SEPANG: AirAsia terus merevolusikan perjalanan udara dengan inovasi baharu untuk memberi para tetamu pengalaman perjalanan yang lebih baik.

Ini bukan sahaja menjadikan penerbangan lebih selamat dan berpatutan, malah lebih lancar dengan ciri-ciri tanpa sentuhan.

Bagi tujuan itu, AirAsia telah bekerjasama dengan syarikat transformasi digital GrayMatter untuk melancarkan Scan2Fly.

Scan2Fly merupakan teknologi terkemuka industri bagi menentukan kelayakan para tetamu untuk terbang sebelum mereka tiba di lapangan terbang, termasuklah pengesahan masa nyata bagi dokumen kesihatan.

Dengan Scan2Fly tetamu AirAsia kini boleh mengimbas dan memuat naik sijil per-ubatan mereka semasa proses daftar masuk dalam talian.

Dokumen tersebut akan diproses untuk mengesahkan sama ada tetamu tersebut di-luluskan untuk terbang oleh pihak berkuasa berkenaan dan memiliki Sijil Negatif COVID-19 yang sah.

Sistem ini telah berjaya dilaksanakan oleh GrayMatter dan kini tersedia untuk beberapa penerbangan Air-Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke/dari Singapura dan ke/dari Surabaya, serta bakal dilancarkan untuk penerbangan ke/dari Jakarta tidak lama lagi.

Dihoskan oleh teknologi pengkomputeran awan (cloud), sistem ini telah diintegrasikan dan disesuaikan dengan aplikasi mudah alih AirAsia serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan maklumat yang kukuh.

Sistem ini juga akan diper-kenalkan ke destinasi AirAsia yang lain, di mana dokumen perjalanan yang sah diperlu-kan sebelum membuat perjalanan.

Scan2Fly juga menawarkan kecekapan untuk AirAsia di mana ia mampu mengurangkan interaksi antara kakitangannya dan para tetamu di lapangan terbang kerana mereka boleh memeriksa status sebelum bertolak ke lapangan terbang.

Setelah dokumen dimuat naik, laporan akan diberikan secara automatik berserta status kelulusan dan akan memaparkan sebab jika tidak lulus.

Pada masa yang sama, AirAsia mengumumkan beberapa peningkatan perkhidmatan baru-baru ini dengan rakan strategik Vision-Box, termasuklah perkhidmatan daftar masuk beg automatik, teknologi pemeriksaan suhu mudah alih, dan teknologi pengecaman wajah biometrik F.A.C.E.S. (Fast Airport Clearance Experience System) – sistem pengecaman wajah tanpa sentuhan.

Syarikat penerbangan ini juga terus bekerjasama dengan Vision-Box untuk mengembangkan sistem tanpa sentuhan yang lain seperti pengurusan identiti digital di seluruh ekosistem perjalanan dan kewangannya. 

 berkata, “Inovasi telah menjadi sebahagian daripada DNA kami dan transformasi digital ini akan meneruskan momentum usaha untuk menjadikan perjalanan di dalam norma baharu ini lebih selamat dan lancar tanpa sentuhan.

“Peningkatan keupayaan digital kami bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah meningkatkan lagi pengalaman perjalanan para tetamu.

“Selain teknologi sedia ada, pelbagai inovasi akan diumumkan tidak lama lagi selari dengan transformasi kami kepada sebuah platform perjalanan dan gaya hidup sehenti,” katanya.

Advertisement