Anda di sini

PM Thai arah polis ambil tindakan keras ke atas penunjuk perasaan

Advertisement
 Penunjuk perasaan prodemokrasi memanjat pagar yang disembur dengan cat               di sekeliling Ibu Pejabat Polis Negara Thai di Bangkok kelmarin. — Gambar AFP
CABAR POLIS: Penunjuk perasaan prodemokrasi memanjat pagar yang disembur dengan cat di sekeliling Ibu Pejabat Polis Negara Thai di Bangkok kelmarin. — Gambar AFP

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha semalam mengarahkan agensi keselamatan mengambil tindakan ke atas penunjuk perasaan prodemokrasi, beberapa hari selepas polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air di satu perhimpunan di Bangkok.

Negara itu telah digegarkan sejak Julai lalu oleh protes yang diketuai belia untuk menuntut perlembagaan baharu, seruan yang luar biasa untuk memperbaharui monarki yang tidak dapat disentuh, dan peletakan jawa-tan Prayut.

Pertelingkahan di luar parlimen Selasa lepas antara penunjuk perasaan prodemokrasi dengan penyokong kerabat diraja menandakan peningkatan ketara dalam keganasan, dengan enam orang terkena tembakan.

Sehari kemudian, kira-kira 20,000 orang berhimpun di daerah beli-belah utama di Bangkok, dan penunjuk pera-saan melukis grafiti antikerabat diraja di luar Ibu Pejabat Polis Negara Thai.

Prayut, yang muncul ber-kuasa melalui kudeta pada 2014, mengeluarkan satu ke-nyataan semalam untuk memberi amaran bahawa penunjuk perasaan akan dikenakan tindakan undang-undang dengan sekeras-kerasnya.

“Situasi masih belum selesai dengan mana-mana cara yang baik dan kemungkinan akan berkembang menjadi konflik yang lebih serius dan menjurus kepada lebih ba-nyak keganasan,” katanya.

“Jika ini dibiarkan, ia boleh merosakkan negara dan institusi yang paling disayangi,” tambahnya, merujuk kepada monarki.

Beliau berkata kerajaan dan agensi keselamatan perlu mempertingkatkan amalan mereka, dan melaksanakan semua seksyen dalam semua undang-undang.

Ini mungkin bermakna le-bih banyak dakwaan di bawah undang-undang fitnah diraja yang keras di negara itu, yang biasanya ditafsirkan untuk meliputi kritikan mengenai sebarang aspek monarki termasuk kandungan yang dipaparkan atau dikongsikan di media sosial.

Raja Maha Vajiralongkorn meminta kerajaan pada Jun lalu untuk tidak mengguna-kan undang-undang ‘lese majeste’, tetapi pengkritik berkata pihak berkuasa dapat menggunakan beberapa undang-undang untuk me-nyasari aktivis demokrasi.

Ditanya sama ada kerajaan memberikan kebenaran kepada polis untuk membuat dakwaan ‘lese majeste’, jurucakap Anucha Burapachaisri tidak menolak kemungkinan itu.

“Penunjuk perasaan harus menghormati semua undang-undang secara amnya. Kita tidak menyatakan secara khusus sama ada kita akan melaksanakan mana-mana undang-undang,” katanya.

Raja duduk di puncak kuasa Thai, disokong oleh tentera dan keluarga bilionair di negara itu, dan kerabat diraja menikmati sokongan daripada golongan konservatif yang lebih tua.

Penggubal undang-undang pada minggu ini membincangkan pelbagai saranan bagi pindaan perlembagaan, yang amnya tidak melibatkan sebarang pembaharuan kepada monarki.

Kelmarin mereka bersetuju untuk meneliti dua saranan bagi sebuah “dewan perangkaan perlembagaan”, tetapi menolak rang undang-undang yang lebih luas untuk meminda peranan kerabat diraja dan mengubah bentuk senat. — AFP

Advertisement