Anda di sini

PKPB di Kuching, lagi 229 kenderaan diarah patah balik

Advertisement
Gambar fail
Gambar fail

KUCHING: Gagal tunjukkan dokumen pergerakkan yang sah untuk rentas daerah, sebanyak 229 kenderaan diarah untuk berpatah balik semasa sekatan jalan raya sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching hari ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang di arah berpatah balik sepanjang PKPB dikuatkuasakan sejak 9 November 2020 hingga hari ini adalah sebanyak 420 kenderaan.

"Hari ini juga sebanyak 8,039 kenderaan diperiksa semasa PKPB di daerah Kuching. 

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kenderaan diperiksa sebanyak 84,286 kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pada masa sama, jawatankuasa itu memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengeluarkan 12 notis kompaun iaitu di Kuching (5), Padawan (2), Sarikei (1), Betong (1), Simunjan (1) Miri (1), dan Kota Samarahan (1). 

Selain itu, JPBNS memberitahu, sebanyak 1,408 premis telah dipantau iaitu pasaraya (159), restoran (284), kilang (11), bank (117), pejabat kerajaan (39), penjaja (37), pasar tani/awam (54), tempat ibadah (57), tempat riadah (33), tapak pembinaan (17) dan lain-lain (600).

"Seramai 532 anggota pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang terdiri daripada PDRM (245), ATM (34), RELA (125), APM (81), PBT (38) dan KKM (9)," jelasnya. 

Menurutnya lagi, sebanyak tujuh sekatan jalan raya di enam daerah iaitu di Lawas (2), Lundu (1), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1) diadakan sempena Op Benteng. 

"Melalui sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 960 kenderaan telah diperiksa," ujarnya.
 

  • oleh
  • Advertisement