Anda di sini

Abang Johari ziarah Uggah di hospital

Advertisement
Abang Johari (kanan) semasa menziarahi Uggah di Borneo Medical Centre di sini, hari ini.
Abang Johari (kanan) semasa menziarahi Uggah di Borneo Medical Centre di sini, hari ini.

Online

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini meluangkan masa menziarahi Timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Borneo Medical Centre di sini.

Abang Johari yang baharu selesai menjalani sesi rakaman dengan sebuah stesen televisyen, menziarahi Uggah yang sedang berehat selepas menjalani pembedahan kecil di hospital berkenaan dua hari lepas.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dimasukkan ke wad pada Selasa selepas menjalani pembedahan kecil bagi membuka saluran arteri jantung.

Uggah turut dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan dan akan bercuti rehat selama sebulan.

Advertisement