Anda di sini

Suspek kes tembak kedutaan Arab Saudi di The Hague disyaki pengganas

Advertisement
 Gambar fail 12 November lalu menunjukkan pegawai polis forensik menjalankan siasatan di kedutaan Arab Saudi di The Hague selepas kejadian tembakan itu. — Gambar AFP
SIASAT: Gambar fail 12 November lalu menunjukkan pegawai polis forensik menjalankan siasatan di kedutaan Arab Saudi di The Hague selepas kejadian tembakan itu. — Gambar AFP

THE HAGUE: Seorang suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah kedutaan Arab Saudi di The Hague pada minggu lepas dipercayai bertindak dengan niat mengganas, menurut polis Belanda kelmarin.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan Khamis minggu lepas beberapa jam selepas insiden tersebut di mana tiada sesiapa yang tercedera.

Tembakan itu berlaku sehari selepas letupan bom semasa upacara peringatan Perang Dunia I yang dihadiri para diplomat asing di bandar Jeddah, Arab Saudi.

Lelaki itu disyaki sebagai melakukan keganasan terhadap bangunan kedutaan, cuba untuk membunuh penjaga bangunan dan melakukan ancaman, kesemuanya dengan satu tujuan iaitu keganasan, menurut polis dalam satu kenyataan.

“Niat keganasan adalah jelas daripada fakta bahawa suspek kelihatan ingin untuk melakukan  kehendaknya terhadap kedutaan melalui tindakannya,” tambah kenya-taan itu, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Hakim-hakim telah melanjutkan penahanan suspek untuk tempoh dua minggu lagi dalam perbicaraan kelmarin. — AFP

Advertisement