Anda di sini

Netflix harap ‘Paranormal’ dari Mesir capai kejayaan di seluruh dunia

Advertisement
 Gambar tidak bertarikh ihsan Netflix ini menunjukkan Jammal (kiri) dan Amin dalam salah satu babak dari siri ‘Paranormal’ yang diterbitkan oleh Netflix. — Gambar AFP
WATAK UTAMA: Gambar tidak bertarikh ihsan Netflix ini menunjukkan Jammal (kiri) dan Amin dalam salah satu babak dari siri ‘Paranormal’ yang diterbitkan oleh Netflix. — Gambar AFP

DENGAN mumia pembunuh, rumah seram, kesan khas hebat dan runut bunyi sayu, gergasi penstriman Netflix berharap siri blockbuster baharu ‘Paranormal’ dari Mesir dapat mencapai kejayaan di seluruh dunia.

Dilabel sebagai penerbitan misteri dan aksi berdasarkan novela fiksyen dewasa muda yang laris daripada penulis Mesir, Ahmed Khaled Tawfik, ‘Paranormal’ dikeluarkan pada minggu lepas dalam sembilan bahasa kepada penonton di kira-kira 190 buah negara.

“Dengan jumlah peminat begitu besar, ia merupa-kan sebuah projek yang lojik bagi kita untuk sertai,” kata Ahmed Sharkawi, selaku ketua kandungan asal Arab dan Afrika di Netflix, kepada AFP.

“Kami teruja bagi peminat untuk melihat watak-watak kegemaran mereka – raksasa dan hantu – yang menjadi hidup.”

Tetapi ‘Paranormal’, siri Mesir pertama bagi Netflix, turut menandakan satu anjakan dalam industri hiburan di Mesir, dan dunia Arab yang lebih luas.

Mesir merupakan kuasa kebudayaan yang tradisional di rantau berkenaan, dengan menghasilkan puluhan buah filem selain siri komedi dan drama yang mengasyikkan setiap tahun.

Tetapi selepas zaman keemasannya pada tahun 1940an dan 1960an, pengkritik berkata penerbitan filem itu hilang sentuhannya sejak beberapa tahun lalu.

Ramai berharap pertumbuhan khidmat televisyen dalam talian dapat menyuntik kehidupan baharu ke dalam industri itu – dan membawa lakonan Mesir kepada audiens yang jauh lebih besar.

- MODEL SEMAKIN DITERIMA -

“Kita sudah mula melihat beberapa pembuat filem melangkaui struktur pembiayaan kerajaan dn swasta, dan terus pergi kepada Netflix,” kata Marwan Kraidy, seorang pakar mengenai media Arab dan dekan Universiti Barat Laut di Qatar.

“Model ini nampak semakin diterima dalam dunia Arab.”

Siri enam episod baharu bagi ‘Paranormal’, berlatarkan tahun 1960an, menceritakan tentang kisah-kisah yang dilalui Refaat Ismail, seorang pakar hematologi lakonan Ahmed Amin, yang mengalami kejadian ghaib.

Bersama rakan yang dipercayainya dan saintis dari Scotland, Maggie Mackillop, lakonan aktres British-Lubnan, Razane Jammal, mereka menyelesaikan misteri ilmu hitam, yang membawa mereka di luar keindahan Kaherah dan jauh ke dalam gurun Libya.

“Kami mahu mencipta kandungan berkualiti tinggi tanpa kehilangan semangat Mesir dalam karya itu,” kata pengarah, Amr Salama, yang merupakan orang penting di festival filem antarabangsa dengan filem-filem ‘art-house’ seperti ‘Sheikh Jackson’, selain episod ‘Saturday Night Live Arabia’.

“Kita tidak mahu ia menjadi seperti siri Amerika yang dialih suara kepada bahasa Arab. Walaupun dengan kesan khas serta kisah-kisah mitos dan seram, kita mahu ia bersifat Mesir secara tulen.”

Dalam media sosial, sambutan warga Mesir kepada ‘Paranormal’ ternyata pelbagai, di mana ramai mengkritik penggunaan kesan khas oleh siri itu, manakala yang lain memuji lakonan halus pelakon utama, Amin.

Pelakon berkacamata yang bersuara lembut itu, dan menjadi masyhur di Mesir dengan sketsa komedi dalam taliannya, bercakap dengan bersemangat tentang memaparkan bakat Mesir.

“Lakonan saya dalam ‘Paranormal’ datang dengan cabaran menyampaikan drama Mesir di atas pentas antarabangsa,” katanya kepada AFP.

“Ia adalah satu ujian untuk melihat sama ada kita dapat bersaing dan menarik audiens di luar dunia Arab ataupun tidak.”

- ‘KURANGKAN JURANG’ -

Kraidy menyamakan kemasukan Netflix ke dalam pasaran Arab dengan cara rangkaian televisyen HBO di Amerika Syarikat semakin diterima dalam isi rumah bagi cerita-cerita bernuansa dalam siri tersohor seperti ‘The Sopranos’ dan ‘The Wire’.

“Alat penstriman mengaburkan lagi batas bagi maksud drama televisyen ‘Mesir’,” kata Kraidy.

Kraidy menjelaskan bagaimana khidmat penstriman telah mewujudkan kelas pertengahan yang pintar dan terdiri daripada pengguna hiburan dengan cita rasa canggih.

“Perubahan besar adalah penghapusan ritma penggunaan televisyen dan pemba-hagian unit penonton daripada keluarga kepada individu,” tambahnya.

“Sekarang semua orang menonton apa yang mereka mahu, bila mereka mahu dengan menggunakan pelbagai alat.”

Pujian kritik kepada pencerita dan pelakon Arab-Amerika di Hollywood baru-baru ini turut menjadi faktor penyumbang.

Pelakon Mesir-Amerika Rami Malek memenangi anugerah Oscar bagi pelakon terbaik pada tahun lepas untuk lakonannya sebagai Freddie Mercury dalam ‘Bohemian Rhapsody’.

Siri terbitan Hulu lakonan pelawak Ramy Youssef berjudul ‘Ramy’, yang menceritakan tentang kesusahan seorang pemuda Muslim-Amerika untuk mengamal-kan kepercayaannya dalam persekitaran yang hedonistik, turut meme-nangi anugerah Golden Globe pada tahun ini.

Jumlah pelanggan Netflix di rantau berkenaan hanya di bawah lima juta sahaja, tetapi laman penstriman itu berharap untuk menggandakan angka tersebut menjelang 2025 dengan beberapa sajian kandungan Arab, termasuk sebuah muzikal daripada penyanyi legenda Mesir, Amr Diab, hujung tahun ini.

Aktres yang berjaya menembusi pasaran Jammal berharap ‘Paranormal’ dapat mendedahkan penonton antarabangsa kepada cerita-cerita di luar stereotaip tipikal Hollywood bagi watak Arab yang kecil.

“Saya harap ia menarik perhatian kepada bakat yang kita ada di sini,” katanya. “Saya harap kami ada lebih banyak peluang untuk mengurangkan jurang antara Timur dan Barat.” — AFP

Advertisement