Anda di sini

Menyusuri Sungai Musi, merasai denyut sejarah di Kota Palembang

Advertisement
"Pengalaman mudik di Sungai Musi, meskipun hanya di sekitar kota Palembang, adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan"
"Pengalaman mudik di Sungai Musi, meskipun hanya di sekitar kota Palembang, adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan"

KOTA Palembang mungkin tidak dipisahkan dengan Sungai Musi. Apa erti Palembang tanpa Sungai Musi? . Sungai Musi menjadikan Palembang, bandar tertua di Indonesia memiliki makna penting dalam sejarah di Nusantara.

Ketika berkunjung ke Kota Palembang beberapa waktu yang lalu, kami berpeluang merasai denyut sejarah yang mengalir di dada Sungai Musi, sungai sepanjang kira-kira 750 kilometer, yang mengairi kebanyakan kawasan di Sumatera Selatan.

DI TEPI SUNGAI MUSI…Antara perkampungan di tepi sungai Musi.
DI TEPI SUNGAI MUSI…Antara perkampungan di tepi Sungai Musi.

Pengalaman mudik di Sungai Musi, meskipun hanya di sekitar kota Palembang, adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Kami sempat bertandang ke Kampung Kapitan, melihat sebuah perkampungan yang dihuni orang Tionghua, berkunjung ke pulau Kemaro, sambil mendengar legenda bagaimana seorang puteri raja bernama Siti Fatimah disunting seorang saudagar Tionghua yang bernama Tan Bun An pada zaman kerajaan Palembang.

Siti Fatimah kemudian diajak ke daratan China  untuk melihat orang tua Tan Bun An. Selepas berada di sana beberapa lama, Siti Fatimah dan suaminya pulang ke Palembang dan diberikan hadiah tujuh buah guci ataupun tempayan.. Sesampainya mereka di perairan  Musi, dekat Pulau Kemaro, Tan Bun pun membuka hadiah yang diberikan. Selepas dibuka, Tan Bun An merasa terkejut kerana isinya hanya sawi sawi masin.  

Tanpa berfikir beliau terus membuang guci guci itu ke dalam sungai. Tetapi guci yang ke tujuh terjatuh dan pecah di atas dek. Rupanya, ada banyak hadiah berharga di dalamnya. 

TANDA INGATAN…Penulis mengabadikan gambar di Kampung A Munawar
TANDA INGATAN…Penulis mengabadikan gambar di Kampung A Munawar

Beliau sangat menyesal dan tanpa berlengah terus terjun ke dalam sungai untuk mencari guci-guci tadi. Seorang pengawalnya juga terjun untuk membantu. Selepas menunggu agak lama, mereka tidak muncul di permukaan. Akhirnya Siti Fatimah pun ikut melompat untuk mencari suaminya dan pengawal. Namun ketiga tiga mereka tidak muncul lagi hingga sekarang.

Penduduk di sekitar pulau itu sering mengunjungi pulau Kemaro untuk mengenang ketiga-tiga orang ini dan hingga kini  Pulau Kemaro dianggap pulau keramat.

GUNA PERAHU…Penduduk hilir mudik menggunakan perahu.
GUNA PERAHU…Penduduk hilir mudik menggunakan perahu.

Sebelum itu, kami sempat berkunjung ke Kampung Kapitan, yang kini menjadi tempat bersejarah, Kampung ini terletak di sebelah barat Jambatan Ampera, yang juga dikenal daerah tuju ulu. Ketika zaman pemerintahan, Belanda, Kampung kapitan adalah perkampungan bagi warga tionghua di Palembang.

Kampung ini dinamakan kampung Kapitan kerana di kawasan ini terdapat rumah perwira. Menurut sejarah, kampung ini didirikan pada 1644, dan meskipun sudah berusia ratusan tahun, bangunan bangunan di tempat ini ada yang masih berpenghuni.

LEGENDA PULAU KEMARO…Kisah Cinta Siti Fatimah dan Tan Bun An.
LEGENDA PULAU KEMARO…Kisah Cinta Siti Fatimah dan Tan Bun An.

Salah satu tempat menarik yang sempat kami kunjungi ialah Kampung Arab Al-Munawar.Kampung yang terletak di sungai Musi ini dihuni oleh masyarakat Arab keturunan Assegap, Al-Habsy, Al Kaaf, Hasny dan Shahab. Selain rekabentuk bangunan rumah-rumah yang sudah tua, di Kampung Arab Al-Munawar juga kami sempat menyaksikan kesenian yang berasal dari Arab iaitu tari Zapin dan sempat pula dijamu dengan makanan yang dihidangkan dengan budaya Arab.

Satu talam makanan berisi nasi dan lauk pauk dikongsi empat orang, adalah sesuatu yang sangat menarik sekali.

Kota Palembang adalah sebuah kota bersejarah dan kini menjadi ibu negeri bagi wilayah Sumatera Selatan, Sebagai sebuah kota tertua dan menjadi ibu kota kerajaan Srivijaya, menurut Batu Bersurat Kedukan Bukit yang dijumpai di Bukit Siguntang, Palembang didirikan pada 16 Jun 682 masihi.

DI DERMAGA…Dermaga Kampung Kapitan.
DI DERMAGA…Dermaga Kampung Kapitan.

Sebagai sebuah bandar antarabangsa dan dijuluki sebagai Venice of the East, Palembang kini dikenali sebagai pusat pelancongan air terindah.  Selain pernah menjadi ibu kota kerajaan Sriwijaya, Palembang juga pernah menjadi sebahagian kerajaan Majapahit pada 1293.  Oleh sebab itu, sehingga kini masyarakat Palembang terkenal dengan kepelbagaian budaya akibat campuran pelbagai bangsa yang terdapat di Palembang.

DIDIRIKAN SEJAK ZAMAN BELANDA…Di Kampung Kapitan Palembang Sumatera Selatan.
DIDIRIKAN SEJAK ZAMAN BELANDA…Di Kampung Kapitan Palembang Sumatera Selatan.

Sungai Musi mengalir di bandar Palembang, membahagikan kota itu kepada dua daerah iaitu daerah Seberang Ulu dan Seberang Ilir manakala penduduk tempatan menggunakan perahu sebagai pengangkutan utama mereka.

Itulah antara sebahagian kenangan ketika berkunjung ke Kota Palembang, kota tertua dan penuh sejarah. Sungai Musi adalah saksi bagaimana sejarah mengalir membawa peradaban ke seluruh nusantara sejak berkurun-kurun lamanya. Sangat banyak hal yang boleh direnungkan, dan hari semakin bererti jika ditemani dengan pempek, makan paling terkenal di Palembang.

TARI ZAPIN…Masyarakat keturunan Arab yang masih kental dengan budaya mereka.
TARI ZAPIN…Masyarakat keturunan Arab yang masih kental dengan budaya mereka.
  • oleh
  • Advertisement