Anda di sini

Amang seksual: Pekerja kilang dihantar ke Henry Gurney 

Advertisement
Tertuduh (kiri) keluar dari kamar mahkamah selesai jatuh hukum.
Tertuduh (kiri) keluar dari kamar mahkamah selesai jatuh hukum.

KUCHING: Mahkamah Seksyen di sini hari ini mengarahkan seorang pekerja kilang dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Puncak Borneo kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kenalan perempuan berusia 15 tahun pada Februari lalu.

Hakim Jason Juga mengarahkan remaja lelaki berusia 19 tahun itu untuk menjalani hukuman di sekolah tersebut sehingga mencecah usia 21 tahun mengikut Seksyen 293 (1) (d) Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 76 Akta Kanak-kanak 2001.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding perbicaraan sebelum ini dan hari ini merupakan sebutan semula kes untuk mendengar laporan akhlak tertuduh. 

Dia didakwa atas dua pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
   
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan serangan seksual fizikal untuk tujuan seksual terhadap kenalannya dengan memicit payudara mangsa manakala pertuduhan seterusnya menyaksikan dia didakwa memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa yang sama.

Kedua-dua perbuatan tersebut didakwa dilakukannya pada 24 Februari lalu semasa tertuduh berjumpa dengan mangsa di sekitar Jalan Kampung Santubong pada jam 9 malam. 

Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan hospital juga mendapati mangsa cedera pada kemaluannya dan mengalami lebam di bahagian payu dara.

Terdahulu sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh yang beralamatkan di Kampung Tabuan Hilir itu merayu hukuman ringan dengan mengatakan ia adalah kesalahan pertamanya. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan.

  • oleh
  • Advertisement