Anda di sini

ESSCOM tahan lelaki warga asing miliki dadah

Advertisement
 Barang yang diserahkan oleh suspek disyaki dadah jenis syabu.
SYABU: Barang yang diserahkan oleh suspek disyaki dadah jenis syabu.

SANDAKAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah menahan seorang lelaki warga asing memiliki dadah jenis syabu seberat 0.2 gram di Kampung Forest, petang kelmarin.

Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata sepasukan 35 anggota yang terdiri daripada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah, Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan

Angkatan Tentera Malaysia Markas Taktikal Felda Sahabat 16 yang sedang melakukan rondaan Op Cegah Pati (OCP) Utara yang diselaraskan oleh ESSCOM di kampung berkenaan.

“Kira-kira jam 5.10 petang, pasukan rondaan telah menemui suspek di hadapan jambatan Kampung Forest dalam keadaan mencurigakan. 

Beliau berkata apabila diperiksa di mana suspek mengaku dan menyerahkan satu paket kecil plastik lutsinar yang mengandungi serbuk hablur putih disyaki syabu.

“Suspek yang berumur 27 tahun itu ditahan kerana memiliki satu paket kecil plastik lutsinar yang mengandungi serbuk hablur putih seberat 0.2 gram bersama 1 gulung foil,” katanya dalam satu kenyataan.

AHMAD FUAD
AHMAD FUAD

Beliau berkata suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, ESSCOM melalui OP Cegah PTI (OCP) Utara yang telah digerakkan dengan kerjasama semua agensi keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan terus memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan perairan dan daratan di seluruh daerah ESSZONE dengan melakukan rondaan dan pemantauan secara agresif.

"Ini termasuk mengamalkan konsep 'show of presence' bagi menimbulkan rasa gerun dan takut dalam kalangan penjenayah daripada melakukan jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan barang-barang kawalan dan bersubsidi mahupun penyeludupan PTI.

Sehubungan itu, Ahmad Fuad menyeru kepada semua lapisan masyarakat di daerah ini agar sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada pasukan keselamatan dengan melaporkan sebarang kegiatan atau aktiviti yang melanggar undang-undang negara kepada ESSCOM ataupun balai polis berhampiran untuk tindakan penguatkuasaan.

  • oleh
  • Advertisement