Anda di sini

Ketegangan India-Pakistan memuncak di Kashmir

Advertisement
 Anggota Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) India mengusung keranda rakan sekerja yang                   terbunuh dalam pertempuran berhampiran LoC di Kashmir, semasa upacara memberi penghormatan terakhir di Ibu Pejabat BSF di Srinagar pada Isnin lepas. — Gambar AFP
PENGHORMATAN TERAKHIR: Anggota Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) India mengusung keranda rakan sekerja yang terbunuh dalam pertempuran berhampiran LoC di Kashmir, semasa upacara memberi penghormatan terakhir di Ibu Pejabat BSF di Srinagar pada Isnin lepas. — Gambar AFP

SRINAGAR: Tentera India dan Pakistan kelmarin terlibat dalm pertempuran artileri terbesar mereka sejak setahun lalu, yang me-ngorbankan lebih 13 orang dan mencederakan puluhan lagi di kedua-dua bahagian sempadan Kashmir yang mereka pertikaikan.

Pertempuran mesingan dan artileri dilaporkan sepanjang garisan gencatan senjata sejauh 740 kilometer yang sudah memisahkan kedua-dua negara senjata nuklear itu sejak tujuh dekad yang lalu, kata pegawai dari kedua-dua pihak.

Ratusan penduduk kampung dipindahkan dari Ga-risan Kawalan (LoC) dalam wilayah yang dikuasai India, manakala pegawai Pakistan berkata puluhan rumah terbakar disebabkan oleh pembedilan India di sebelah mereka.

Kemuncak baharu dalam ketegangan berlaku hanya lima hari sahaja selepas tiga askar India dan tiga anggota militan maut dalam kejadian berbalas tembakan di sepanjang LoC.

India turut terbabit dalam pertelingkahan sempadan dengan tentera China di Pergunungan Himalaya.

Pertempuran terbaharu meletus awal kelmarin, dan kedua-dua pihak menuduh satu sama lain melancarkan serangan “yang tidak di-undang”, dan bedilan masih dilepaskan hingga ke larut malam, kata penduduk.

“Pakistan menggunakan bom mortar dan senjata lain” dan “dengan sengaja menyasari kawasan awam”, satu kenyataan tentera India menyebut.

Empat anggota tentera India dan empat orang awam termasuk seorang budak lelaki berusia lapan tahun terbunuh, kata jurucakap tentera dan polis.

Sekurang-kurangnya 12 anggota keselamatan dan orang awam cedera.

Di seberang sempadan, Raja Farooq Haider, menteri kanan di Kashmir Pakistan, berkata lima orang maut dan 31 cedera dalam pembedilan bertalu-talu ke atas lembah Neelum dan lembah Jhelum.

Tentera Pakistan mengesahkan salah seorang mangsa yang terkorban adalah seorang askar.

“Berapa lama lagikah kita perlu menanggung kerugian yang begitu besar?” katanya dalam satu pesanan Twitter yang ditujukan kepada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan.

Pegawai India berkata pertempuran tercetus apabila puak militan cuba memasuki wilayah yang dikuasai India di hujung utara LoC.

Tentera India “membalas dengan kuat, menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur tentera Pakistan, dan kematian”, kenyataan tentera itu menyebut, yang menambah tempat penyimpanan peluru dan markas depan telah terkena serangan.

Kedua-dua pihak kerap mengadakan pertempuran artileri di LoC, dan sentiasa menyalahkan satu sama lain.

Kashmir sudah dibahagikan di antara kedua-dua negara sejak pemisahan mereka yang tegang pada 1947. Ia telah menjadi punca dua daripada tiga peperangan mereka sejak itu.

Kedua-dua negara me-nuntut keseluruhan wilayah Himalaya itu, di mana India turut memerangi pemberontakan yang sudah mengorbankan puluhan ribu orang sejak 1989.

Perdana Menteri India Narendra Modi melawat tentera di sebuah kawasan sempadan semalam sempena Diwali, perayaan Hindu terbesar setiap tahun, menurut laporan media.

Modi, yang menggambarkan diri sebagai keras menge-nai keselamatan, meraikan Diwali bersama tentera sejak beliau menjadi pemimpin negara pada 2014.

Modi melancarkan apa yang beliau sebut sebagai “serangan bedah” di dalam Kashmir Pakistan pada 2016 selepas puak militan me-nyerang sebuah pangkalan India, dan membunuh 19 askar.

Negara-negara jiran itu melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain pada tahun lepas setelah satu sera-ngan bom bunuh diri yang mengorbankan 40 anggota tentera India. — AFP

Advertisement