Anda di sini

FBI tangkap lelaki buruan selepas hampir 50 tahun

Advertisement
LEONARD MOSES
LEONARD MOSES

WASHINGTON: Seorang lelaki yang berada dalam buruan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selama hampir 50 tahun selepas melarikan diri dari polis ketika pengebumian neneknya telah berjaya diberkas semula, kata pihak berkuasa kelmarin.

Leonard Moses telah dipenjarakan untuk seumur hidup kerana melontar koktel Molotov bersama dengan sekumpulan orang lain ketika rusuhan yang berlaku selepas pembunuhan Martin Luther King Jr pada 1968. Bom petrol itu menyebabkan kebakaran di kediaman Mary Amplo di Pittsburgh, yang mengalami melecur teruk dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya itu.

Pada 1971, Moses telah diberikan cuti panjang bagi menghadiri pengebumian neneknya serta menggunakan peluang tersebut untuk melepaskan diri dari polis, menukar namanya kepada Paul Dickson dan bekerja, sekurang-kurangnya sejak 1999, sebagai ahli farmasi yang sering bertugas luar kawasan di wilayah  Michigan, kata polis.

FBI telah memperbaharui pencarian mereka pada 2016, menyoal siasat keluarganya sekali lagi dan menawarkan ganjaran bagi penahanannya, termasuk menubuhkan satu talian bantuan maklumat khas.

Di sebalik lebih 2,000 maklumat, FBI “masih gagal untuk mengesan dan menangkap Leonard Moses,” kata ejen FBI Michael Christman, pada sidang media di Pittsburgh.

Namun pada awal tahun ini, dia telah ditahan dan disoal siasat di mahkamah bagi satu siasatan berasi-ngan, yang tidak dinyata-kan oleh FBI.

Rekod perundangan menunjukkan Paul Dick-son, dilahirkan pada 1949, telah ditangkap di wilayah itu pada April bagi penipuan dan menulis preskripsi tidak sah bagi bahan terkawal.

Sepanjang siasatan, cap jari suspek telah diambil dan dimasukkan ke dalam pangkalan data penguatkuasaan undang-undang, kemudian membuktikan satu padanan bagi rekod persekutuan yang dimiliki oleh FBI untuk Moses.

Dia ditangkap pada Khamis tanpa sebarang insiden di rumahnya di Grand Blanc, Michigan, dan dijangka akan dipindahkan ke Pennsylvania.

“Saya berharap pe-nangkapan ini membawa sedikit penutup kepada anggota keluarga Mary Amplo, yang terkorban pada 1968,” kata Christman. — AFP

Advertisement