Anda di sini

Lelaki lawan arus di Lebuh Raya PLUS direman tiga hari

Advertisement
  Seorang lelaki yang memandu melawan arus di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor, Tapah direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan. — Gambar Bernama
SUSPEK: Seorang lelaki yang memandu melawan arus di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor, Tapah direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan. — Gambar Bernama

TAPAH: Seorang lelaki yang memandu melawan arus di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail ketika dihubungi Bernama berkata, permohonan reman ke atas suspek berusia 34 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Tapah semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam insiden Rabu lepas, suspek yang memandu Pero-dua Axia dari Klang, Selangor ke Bidor untuk menyambut Deepavali nekad melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara selepas melihat sekatan jalan raya (SJR) polis kira-kira jam 6 petang.

Wan Azharuddin berkata, tindakan itu menyebabkan dua lagi kenderaan masing-masing sebuah Toyota Rush dan lori treler gagal mengelak dan kemalangan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan. — Bernama

Advertisement