Anda di sini

Warga Pakan sambut baik hasrat kerajaan perluas perkhidmatan bank bergerak

Advertisement
 Pintu gerbang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke pekan Pakan.
UNIK: Pintu gerbang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke pekan Pakan.

SARIKEI: Hasrat kerajaan untuk memperluaskan perkhidmatan bank bergerak ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak mendapat maklum balas positif daripada penduduk Pakan.

Rata-rata penduduk gembira dengan pengumuman Belanjawan 2021 apabila Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan akan memperluaskan perkhidmatan bank bergerak di kedua-dua negeri tersebut.

Malah, mereka menya-rankan agar kerajaan melaksanakan inisiatif tersebut dengan secepat mungkin.

Cadangan ini amat baik sekali dan kita memberikan sokongan penuh, lebih-lebih lagi pekan Pakan pada masa ini tidak mempunyai perkhidmatan bank. - Matthew Ujen Brundang
Cadangan ini amat baik sekali dan kita memberikan sokongan penuh, lebih-lebih lagi pekan Pakan pada masa ini tidak mempunyai perkhidmatan bank. - Matthew Ujen Brundang

Matthew Ujen Brundang, 33, dari Nyalak Atas Pakan berkata, perkhidmatan bank bergerak di pekan Pakan sememangnya amat dialu-alukan penduduk.

“Cadangan ini amat baik sekali dan kita memberikan sokongan penuh, lebih-lebih lagi pekan Pakan pada masa ini tidak mempunyai perkhidmatan bank.

“Keadaan ini menyukar-kan penduduk terutama yang ingin melakukan urusan seperti mengeluar atau menyimpan wang, mengirim wang dan perkhidmatan lain.

“Selama ini, penduduk terpaksa pergi ke Sarikei atau Sibu yang masing-masing terletak kira-kira 45km dan 50km dari pekan Pakan untuk melakukan urusan tersebut,” katanya.

Menurut Matthew, sekiranya perkhidmatan bank diwujudkan di pekan Pakan, ia pasti akan mengu-rangkan perbelanjaan penduduk terutama dari segi kos pengangkutan sama ada untuk ke Sarikei atau Sibu.

Oleh itu, kita amat setuju sekiranya kerajaan ingin memperluaskan perkhidmatan bank bergerak ke kawasan luar bandar agar urusan penduduk dapat dipermudahkan. - Tuai Rumah Jantan Uchong
Oleh itu, kita amat setuju sekiranya kerajaan ingin memperluaskan perkhidmatan bank bergerak ke kawasan luar bandar agar urusan penduduk dapat dipermudahkan. - Tuai Rumah Jantan Uchong

Tuai Rumah Jantan Uchong, 63, dari Tubai Buah, Pakan pula berkata, sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan perkhidmatan bank sama ada bergerak atau tetap di kawasan Pakan.

Katanya, penduduk daerah Pakan semakin bertambah, justeru keperluan untuk mendapatkan perkhidmatan bank juga semakin meningkat.

“Oleh itu, kita amat setuju sekiranya kerajaan ingin memperluaskan perkhidmatan bank bergerak ke kawasan luar bandar agar urusan penduduk dapat dipermudahkan.

“Namun demikian, kita juga berharap kerajaan me-rancang untuk membina atau menyediakan perkhidmatan bank tetap di kawasan ini agar penduduk dapat ber-urusan dengan lebih mudah,” katanya.

Tambah Jantan lagi, ini selaras dengan perkembangan daerah Pakan yang semakin membangun dan institusi perbankan harus mengambil inisiatif membuka cawangan mereka untuk kemudahan rakyat.

Sehubungan itu, amat wajar sekali perkhidmatan bank bergerak ataupun tetap diwujudkan di kawasan ini demi kemudahan penduduk. - Ting Kiew Ming
Sehubungan itu, amat wajar sekali perkhidmatan bank bergerak ataupun tetap diwujudkan di kawasan ini demi kemudahan penduduk. - Ting Kiew Ming

Sementara itu, peniaga di pekan Pakan, Ting Kiew Ming, 58, berkata, kesukaran akibat ketiadaan perkhidmatan bank di daerah Pakan menjadi fokus umum semasa Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP) lalu.

“Penduduk terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak polis sebelum dibenarkan pergi ke Sarikei atau Sibu untuk melakukan urusan bank.

“Bagi penduduk di kawa-san pedalaman, situasi ini amat membebankan mereka.

“Sehubungan itu, amat wajar sekali perkhidmatan bank bergerak ataupun tetap diwujudkan di kawasan ini demi kemudahan penduduk.

“Ia juga bagi mengelakkan penduduk terkesan teruk jika keadaan sama berlaku lagi pada masa hadapan,” ujar Ting.

Semasa mengumumkan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas, Tengku Zafrul berkata kerajaan memperluaskan perkhidmatan bank bergerak di Sabah dan Sarawak seperti yang telah dilaksanakan kerajaan negeri Sarawak.

Beliau berkata, langkah itu dapat membantu masyarakat yang sukar mendapat akses perbankan asas seperti pemindahan wang, pembayaran bil dan kemudahan menge-luarkan wang bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

 Antara premis perniagaan di pekan Pakan.
JANA EKONOMI: Antara premis perniagaan di pekan Pakan.
  • oleh
  • Advertisement