Anda di sini

Sarawak beri insentif sebulan setengah atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam

Advertisement
Gambar hiasan

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan pemberian insentif khas sebulan setengah gaji pokok atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam negeri ini. 

Insentif khas tersebut diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan Belanjawan 2021 Sarawak hari ini. 

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan berkata insentif khas ini akan dibayar sebelum penghujung tahun ini. 

“Juga tidak ketinggalan kebajikan penjawat awam persekutuan yang telah menyumbang khidmat bakti mereka di Sarawak. 

"Penjawat awam persekutuan ini akan dibayar insentif secara one off RM500 dalam suku pertama 2021,” katanya. 

Dalam pada itu Belanjawan 2021 Sarawak menyediakan peruntukan berjumlah RM9.832 bilion. 

Daripada jumlah itu RM6.0 bilion digunakan bagi tujuan pembangunan manakala selebihnya RM3.832 bilion bagi perbelanjaan mengurus. 

  • oleh
  • Advertisement