Anda di sini

Rakyat terjejas COVID-19 amat hargai pemberian BPN 2.0

Advertisement

Langkah kerajaan meringankan beban rakyat turut buka peluang kepada pemohon baharu untuk mendapat manfaat

 Perniagaan menjual tudung dan kerongsang yang diusahakan Azirah.
TERUS BERUSAHA: Perniagaan menjual tudung dan kerongsang yang diusahakan Azirah.

KOTA KINABALU: Langkah kerajaan memperuntukkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion dalam usaha membantu rakyat daripada pelbagai peringkat amat bertepatan pada waktunya.

Ia bukan sahaja membantu meringankan bebanan rakyat terutama golongan yang terjejas dengan pandemik COVID-19, malah penerima baharu turut sama menerima manfaat BPN 2.0.

BPN 2.0 adalah sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) yang bernilai RM10 bilion.

Perubahan status pendapatan segelintir rakyat di negara ini berikutan impak penularan COVID-19 membuka peluang kepada mereka menjadi pemohon baharu untuk menerima bantuan BPN 2.0.

Sehubungan itu, dengan adanya BPN, ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang terkesan terutama golongan B40 untuk kelangsungan hidup. - Ryas Simon
Sehubungan itu, dengan adanya BPN, ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang terkesan terutama golongan B40 untuk kelangsungan hidup. - Ryas Simon

Bagi Ryas Simon, penularan pandemik COVID-19 banyak menjejaskan kehidupan rakyat bukan sahaja di negara ini, malah hampir seluruh negara di dunia.

Katanya, keprihatinan kerajaan dalam menyediakan bantuan yang sewajarnya seperti BPN 2.0 kepada rakyat adalah satu langkah yang sepatutnya.

“Apabila pandemik COVID-19 melanda negara, hampir keseluruhan rakyat terjejas dan menerima impaknya.

“Sehubungan itu, dengan adanya BPN, ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang terkesan terutama golongan B40 untuk kelangsungan hidup,” katanya.

Justeru, langkah kerajaan menyediakan BPN 2.0 amat tepat pada waktunya kerana masih ramai dalam kalangan rakyat yang memerlukan bantuan seumpama itu. - Sofiana Waslin
Justeru, langkah kerajaan menyediakan BPN 2.0 amat tepat pada waktunya kerana masih ramai dalam kalangan rakyat yang memerlukan bantuan seumpama itu. - Sofiana Waslin

Sementara itu, bagi Sofiana Waslin, dengan adanya BPN, ia banyak membantu dalam urusan perbelanjaan harian keluarga.

Menurutnya, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini, pendapatan keluarganya agak tidak menentu.

“Justeru, langkah kerajaan menyediakan BPN 2.0 amat tepat pada waktunya kerana masih ramai dalam kalangan rakyat yang memerlukan bantuan seumpama itu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat pakej bantuan lain yang disediakan di bawah KITA PRIHATIN turut sama meringankan bebanan banyak pihak terutama golongan peniaga industri kecil dan sederhana.

Bantuan BPN 2.0 yang disediakan kerajaan ini sememangnya banyak membantu saya terutama dari segi perbelanjaan harian. - Azirah Saidin
Bantuan BPN 2.0 yang disediakan kerajaan ini sememangnya banyak membantu saya terutama dari segi perbelanjaan harian. - Azirah Saidin

Bagi peniaga Azirah Saidin, bantuan BPN digunakan untuk membeli keperluan harian termasuk barangan dapur.

Beliau yang menjual tudung dan kerongsang ini turut mengakui hasil jualan sepanjang tempoh PKPB sememangnya terjejas begitu juga hasil jualan atas talian.

“Sebagai peniaga, dalam keadaan sekarang memang susah untuk mendapat hasil jualan yang menguntungkan dan perniagaan secara atas talian juga tidak begitu memberangsangkan.

“Bantuan BPN 2.0 yang disediakan kerajaan ini sememangnya banyak membantu saya terutama dari segi perbelanjaan harian,” katanya.

Azirah sebelum ini menyewa tapak kecil di sebuah pusat membeli-belah dan sepanjang musim PKPB ini pendapatannya banyak terjejas.

Sehubungan itu, beliau amat berterima kasih dengan usaha kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat yang sangat memerlukan bantuan pada masa sekarang.

  • oleh
  • Advertisement