Anda di sini

PKPB: Vivian minta kerajaan lanjutkan tiga bulan lagi sewa percuma PPR

Advertisement
VIVIAN
VIVIAN

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee telah meminta kepada pihak kerajaan agar melanjutkan tempoh sewa percuma kepada penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) selama tiga bulan lagi.

Vivian telah menulis dua surat masing-masing kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Kewangan II Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun bagi menyatakan permohonan untuk melanjutkan tempoh sewa percuma Penyewa Projek Perumahan (PPR) selama tiga bulan lagi.

“Ini terutama kepada PPR yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), antaranya PPR Taman Mesra dah Taman Harmoni di Sandakan,” katanya.

Vivian juga mendapat banyak respon dan permohonan daripada rakyat untuk mendapatkan pengecualian untuk membayar sewa PPR yang dihuni mereka kerana penghuni yang terdiri daripada golongan B40 tidak mampu menjana pendapatan selama tempoh PKPD dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mahupun sejak dari tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain daripada itu, Vivian juga menyeru kepada pihak kerajaan untuk menyalurkan bakul makanan kepada penduduk yang terlibat dengan PKPD di kawasan perumahan di lanjutkan di sini seperti PPR Taman Mesra.

“Walaupun bakul makanan ini hanya berisi makanan asas tetapi ia amat diperlukan khasnya golongan penduduk yang amat memerlukan dan terjejas pendapatan mereka dalam musim pandemik COVID-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, walaupun Vivian kini berada di Kuala Lumpur untuk sidang Parlimen, Setiausaha Politiknya, Teo Chee Kim bersama dengan Pegawai Khas Vivian, Tang Szu Ching juga sering turun padang untuk menjalankan pemerhatian serta mewakili Vivian untuk menyalurkan bakul kasih yang di derma oleh rakyat kepada keluarga yang dalam memerlukan.

Dalam perkembangan berkenaan kebajikan rakyat khasnya yang kehilangan kerja dan terjejas pendapatan sepanjang pandemik ini, Vivian sekali lagi menegaskan dan menyeru agar moratorium untuk pemanjangan peminjam bank adalah perlu dilanjutkan dan diluluskan dalam bajet 2021 ini.

"Kita juga masih tidak tahu berapa lama PKPB akan dijalankan tetapi, dengan kes positif baru di Sabah yang tinggi setiap hari, rakyat Sabah juga perlu terus tabah menempuhi dalam perang Covid-19 ini untuk beberapa bulan lagi.

“Oleh itu, pemanjangan moratorium untuk 6 bulan adalah munasabah," katanya.

Sementara itu, Vivian juga ingin mengucapkan tahniah kepada kepada penduduk di Taman Mawar Sandakan kerana PKPD dikawasan ini telah tamat dan yakin kes aktif juga telah berjaya dikurangkan.

"Dan terima kasih di atas kerjasama kesemua penghuni bersama barisan hadapan yang terus berusaha memerangi pandemik ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement