Anda di sini

Buaya seberat 800 kilogram ditewaskan berhampiran sekolah di Limbang

Advertisement
Anggota bomba mengikat buaya sebelum diserahkan kepada SFC malam tadi. - Gambar ihsan bomba
Anggota bomba mengikat buaya sebelum diserahkan kepada SFC malam tadi. - Gambar ihsan bomba

LIMBANG: Anggota bomba bertindak berani dengan naik ke atas badan dan menutup mata seekor buaya sepanjang 15 kaki seberat 800 kilogram yang ditemui berada di longkang besar berhampiran Sekolah Kebangsaan St Edmund, malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Limbang Edmund D. Mahai Amboh berkata dalam kejadian jam 10.59 malam itu, kehadiran reptilia ganas itu disedari penduduk di perumahan berhampiran yang cuba untuk menangkap buaya terbabit namun gagal.

Katanya, sebaik menerima laporan daripada pegawai Sarawak Forestry Corporation (SFC) sepasukan bomba bertindak naik ke atas badan buaya terbabit untuk menutup matanya dengan kain dan seterusnya mengikat mulut serta kaki buaya sehingga menyekat pergerakannya.

“Buaya tersebut diikat ditepi pagar dan diserahkan kepada pihak SFC untuk tindakan selanjutnya," katanya sambil menambah, setelah keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Beliau menjelaskan menurut laporan pegawai SFC yang berada di lokasi, buaya itu telah ditembak oleh orang awam namun masih hidup.

Susulan itu, pihak bomba dihubungi bagi memohon bantuan menangkap buaya tersebut.

Turut berada di lokasi ialah Penolong Penguasa Bomba JBPM Zon Limbang Azman Ibrahim, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang  Clarance D. Primus Tiandun, anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Limbang.

  • oleh
  • Advertisement