Anda di sini

Konsert Gig Rock 876 SIBUfm ACSJ dijayakan di Auditorium RTM Sibu

Advertisement
 Antara artis dan kumpulan rock Iban yang terlibat dalam Konsert Pengingat ACSJ di RTM Sibu, malam kelmarin.
PENGHIBUR: Antara artis dan kumpulan rock Iban yang terlibat dalam Konsert Pengingat ACSJ di RTM Sibu, malam kelmarin.

SIBU: Beberapa artis dan kumpulan rock Iban telah memeriahkan konsert Program Gig Rock 876 SIBUfm Pengingat Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) di Auditorium RTM Sibu, malam kelmarin.

Artis-artis dan kumpulan rock Iban yang memeriahkan konsert tersebut ialah Dara Hellena, The Crew, Watt Rock, Kunatak Band, Stevenson dan Tamang Raja.

Konsert itu juga turut dihadiri Pengarah Penyiaran RTM Sarawak Abdull Hadi Mohd Yusoff.

Pada kali ini, konsert diadakan secara langsung menerusi laman sosial WAIfm Iban Sibu dan SIBUfm bermula jam 7.30 malam.

Berikutan pandemik COVID-19 ACSJ tidak diadakan pada tahun ini.

Program yang sama turut diadakan di seluruh stesen-stesen radio RTM di Sarawak.

Ia juga sebagai memperingati ACSJ yang berprestij untuk mengiktiraf artis-artis Iban dalam seni hiburan di negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement