Anda di sini

Kes COVID-19 seluruh dunia lebih 50 juta

Advertisement
 Orang ramai bersantai di pantai Bogatell di Barcelona, salah satu kawasan yang ditutup untuk rekreasi akibat pandemik COVID-19 di Sepanyol kelmarin. — Gambar APF
TERUS MENINGKAT: Orang ramai bersantai di pantai Bogatell di Barcelona, salah satu kawasan yang ditutup untuk rekreasi akibat pandemik COVID-19 di Sepanyol kelmarin. — Gambar APF

PARIS: Lebih 50 juta jangkitan COVID-19 telah dikesan di seluruh dunia, menurut satu kiraan dari sumber rasmi yang disediakan oleh AFP pada jam 4.15 petang waktu tempatan kelmarin.

Sejumlah lebih 50,010,400 kes, termasuk 1,251,980 kematian, telah direkodkan di peringkat global sejak pandemik itu tercetus di China pada Disember tahun lepas.

Eropah, dengan 12.6 juta kes yang disahkan untuk lebih 305,700 kematian, sekali lagi menjadi pusat utama bagi pandemik.

Pada minggu lepas, daripada lebih 3.9 juta kes baharu yang direkodkan di dunia, lebih separuh (2.1 juta) adalah di 52 buah negara di benua Eropah.

Pada tujuh hari terakhir, negara-negara Eropah telah menyenaraikan jumlah paling besar bagi jangkitan baharu adalah Perancis dengan 381,000 kes baharu, Itali (223,000), United Kingdom (160,000), Poland (159,000) dan Sepanyol (143,000).

Amerika Syarikat, yang mengalami sedikit penurunan pada musim panas, menyaksikan jumlah jangkitan harian melebihi 100,000 kes untuk beberapa hari lepas.

Negara itu sedang menghampiri 10 juta kes yang disahkan bagi lebih 237,000 kematian, atau satu perlima daripada semua jangkitan yang dikesan di dunia.

Serta jumlah kes positif telah berterusan meningkat, dengan satu peningkatan sebanyak 36 peratus bagi jangkitan baharu dikesan dalam masa seminggu (738,000) berbanding dengan jumlah sebelumnya (542,000).

Selepas Eropah, wilayah yang turut terjejas ialah Amerika Latin dan Caribbean dengan 11.6 juta jangkitan serta 411,700 kematian manakala Asia dengan 11 juta kes serta hampir 177,000 kematian.

Seterusnya di Amerika Syarikat dan Kanada dengan 10.1 juta kes dan 247,000 kematian, Timur Tengah (2.7 juta kes dan 64,500 kematian, Afrika (1.9 juta kes dan 44,800 kematian) serta Oceania dengan hampir 30,000 jangkitan dan 941 kematian.

Kiraan tersebut, menggunakan data yang dikumpulkan oleh AFP dari pihak berkuasa negara dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemungkinan menunjukkan hanya satu bahagian daripada jumlah sebenar untuk jangkitan.

Banyak negara yang hanya memeriksa kes yang mempunyai simptom atau paling serius sahaja. — AFP

Advertisement