Anda di sini

Portugal kembali berkurung kawal COVID-19

Advertisement
 Seorang lelaki berbasikal melintasi sebuah dataran yang sunyi di tengah Lisbon, kelmarin. — Gambar AFP
LENGANG: Seorang lelaki berbasikal melintasi sebuah dataran yang sunyi di tengah Lisbon, kelmarin. — Gambar AFP

LISBON: Portugal akan memperkenalkan perintah berkurung di sekitar kebanyakan kawasan bermula hari ini dalam usaha untuk menangani peningkatan jumlah kes koronavirus COVID-19, umum Perdana Antonio Costa.

Langkah-langkah tersebut akan dikuatkuasakan malam hujung minggu dan mulai jam 1 petang pada hujung minggu bagi sekurang-kurangnya dua minggu, Costa menyatakan selepas mesyuarat tergempar kabinet lewat kelmarin.

Ia muncul sehari selepas negara mengumumkan perintah darurat setelah pandemik mencatatkan angka harian jangkitan baharu yang meningkat tiga kali ganda kepada 6,000 sejak awal Oktober.

“Satu-satunya cara untuk mengawal pandemik adalah untuk mengelakkan interaksi sosial,” menurut Costa, sambil menambah bahawa langkah-langkah tersebut perlu bagi mengelakkan pengenalan semula kawalan perintah pergerakan lebih tegas yang dilaksanakan pada musim bunga lalu.

Costa menyatakan sekatan akan dikenakan ke atas kira-kira 70 peratus populasi.

Beberapa negara Eropah telah memperkenalkan sekatan pergerakan baharu dalam usaha mengawal gelombang kedua jangkitan teruk di sekitar benua itu.

Greece menjadi negara Eropah terbaharu yang melaksanakan perintah kawalan pergerakan kelmarin, di mana rakyatnya hanya dibenarkan keluar dari rumah sekiranya menerima kebenaran menerusi mesej di telefon bimbit.

Poland turut melaksanakan langkah baharu pada hujung minggu dengan penutupan kebanyakan pusat beli-belah. — AFP

Advertisement